Showing posts with label Turki. Show all posts
Showing posts with label Turki. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Terimakasih Istanbul...

 
Terimakasih Istanbul kerana mengajar saya menghargai sejarah... begitu juga pengalaman di Kaherah, Amman dan Baitul Maqdis.
 
Contoh yang baik dalam menghargai sejarah dan keagungan zaman lampau adalah usaha yang berterusan mengembalikan keagungan itu... bermula dengan menguasai ilmu, melaksanakan tindakan ke arahnya. Bila ingin mencontohi Korea, misalnya, yang perlu dicontohi ialah usaha dan kerja keras mereka bukannya K-pop atau Gangnam.
 
Berbalik kepada Istanbul...
 
Istanbul bukan sahaja koleksi sejarah tetapi adalah kuasa utama umat Islam dengan kedudukannya yang berada di antara Asia dan Eropah. Sejarahwan Byzantium pernah mengatakan, "Sesiapa yang menguasai Constantinople (Istanbul) maka sesungguhnya dia menakluk dunia". Sejak dari 300M hingga ke 1453M apabila Sultan Muhammad al-Fateh menawannya, Kerajaan Byzantiumlah yang menjadi kuasa utama di benua Arab ini dengan Kerajaan Parsi sebagai seteru utamanya. Sila rujuk Surah ar-Rum (ayat 2-5). Istanbul yang menjadi pusat kerajaan Uthmaniyyah terus mengukuhkan kuasa pemerintahan mereka lebih daripada 450 tahun selepas itu sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid.
 
Sultan Abdul Hamid adalah sultan yang alim dan baik; tidak seperti gambaran yang mengatakan beliau suka berpoya-poya dan membazirkan duit serta memiliki perhiasan semuanya bersalutkan emas. Sultan Abdul Hamid menyedari akan kehebatan dan kebaikan yang boleh dibawa oleh Revolusi Industri lantas mengarahkan rakyatnya yang berpotensi untuk ke Eropah bagi mengaut sebanyak mungkin ilmu untuk membangunkan Turki yang semakin lemah. Malangnya, pelajar-pelajar Turki ini tidak banyak membawa ledakan teknologi dan sains tetapi sebaliknya membawa fahaman sekularisme. Salah seorang daripadanya ialah Mustapha Kamal Attartuk.
 
Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah, Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
 
Pemilihan Ankara menjadi sebuah ibu negara juga adalah satu pengunduran / "retreat" yang memaklumkan kepada dunia akan kekalahan sistem kekhalifahan Islam mahupun hilangnya taring Islam dari mata dunia. Dunia Barat pada masa itu tidak menginginkan ada blok-blok kekuasaan selain mereka sememangnya berjuang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Daulah Uthmaniyyah. Kemunculan "League of Nation" pada tahun 1919 yang kemudiannya digantikan dengan United Nation adalah topeng kekuasaan Barat yang menghalalkan peperangan mengikut selera dan kehendak mereka.
 
Hari ini umat Islam menjadi buih-buih yang hanyut ikut pergerakan ombak di laut dengan mengharapkan simpati daripada masyarakat dunia terutamanya PBB yang sentiasa tidak ikhlas membantu umat Islam.


Monday, January 7, 2013

Pertemuan dengan MUSIAD Genc

MUSIAD adalah Dewan Perniagaan Turki dan kami berkesempatan untuk bertemu Pemuda mereka... Musiad Genc. Saya tidak sempat membuat sebarang catatan peribadi secara terperinci tetapi ada beberapa intipati yang boleh saya kongsikan :
  1. keahlian pemuda dibuka kepada pelajar-pelajar kursus perniagaan di universiti-universiti
  2. menyokong usaha kerajaan Turki menjadi kuasa baru ekonomi dunia bersama China dan Brazil
  3. mengalu-alukan kerjasama dengan belia Malaysia melalui MBM
  4. menjemput usahawan-usahawan belia Malaysia membuka perniagaan di Turki
Kebetulan apabila saya membaca berita dari Reuters di bawah tentang sector hartanah, usaha-usaha mereka dan kerajaan Turki sudah menampakkan sinar...

NEW YORK, Jan 7 – The United States dominates the list of places that global commercial real estate investors would prefer to put their money this year, while China has lost some luster and Turkey has added sparkle, according to a survey of international investors.

For the first time since 2001, four of the top five cities that investors said they favor were in the United States, according to an annual survey that the Association of Foreign Investors in Real Estate (AFIRE) released Monday.

The survey reflected a sharply more optimistic view of the US economy and property market for this year. Last year, 33 per cent held a pessimistic view but 81 per cent said they planned to increase their US holdings this year.

In the ranking of global cities in which to invest, New York and London came in Nos. 1 and 2 respectively, as they did last year. But San Francisco rose to third from fifth and Houston, unranked last year, climbed to No 5.

“Houston was a surprise to us,” James Fetgatter, AFIRE chief executive, told Reuters.
“San Francisco and Houston being in the top five global cities, it shows that this is where our people think the economy is going to revive. They believe these are where the drivers of the economy are going to be - in energy and tech.”

Washington, DC, while still a favourite, slipped to No 4 from No 3, reflecting investors’ concerns about how federal budget reductions would affect employment, and therefore the demand for space, in that city.

The survey of the association’s nearly 200 members was conducted in the fourth quarter 2012 by the James A Graaskamp Center for Real Estate, Wisconsin School of Business. AFIRE members have an estimated US$2 trillion (RM 6 trillion) or more in real estate assets under management. Forty-two per cent of the investors and 26 per cent of the advisers are from the United States.

According to the AFIRE survey, the United States also held its spot as the country investors said provides the most stable and secure real estate investment. Canada, Germany, Australia and the UK followed in the same order as they did last year. Sweden, which was unranked in last year’s survey, tied with the UK for fifth place.

The United States also held its spot as the country providing the best opportunity for real estate price appreciation, grabbing 55 per cent of the vote. Second-ranked Brazil came in a distant second with 17 per cent. The UK moved up to No 3 from last year’s No 4. Turkey, which was ranked No 9 last year, flew into fourth place.

CHINA FALTERS, EUROPE ALL BUT DISAPPEARS
China, which had been ranked No 3 for price appreciation globally, was unranked this year, failing to receive one vote. Its cities also took a hit. Shanghai, ranked No 5 last year, fell to 12th this year. Hong Kong, No 8 last year, fell to 19th.

“Everybody is concerned about China’s economy slowing, and there’s a little uncertainty about the change in leadership,” Fetgatter said.

Europe also did not fare well. About 80 per cent of the respondents said they believed Europe would likely be in recession this year.

Within the United States, New York remained the No 1 choice among investors. San Francisco displaced Washington, D.C., in No 2 as the US capital slipped to third, San Francisco’s former spot. Houston was No 4, up from seventh. Boston, last year’s No 4, was fifth.

Among emerging markets, Brazil once again was ranked No 1. China repeated in No 2. However, Turkey moved up to No 3 from No 7 last year.

India, which had been third, slipped to No 4 to tie with Mexico, which moved up from fifth. – Reuters

Sunday, January 6, 2013

Perjumpaan terakhir di Istanbul...

Pada 22hb Disember 2012, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan İNSAN ve MEDENİYET HAREKETİ (IMH). Delegasi MBM diraikan oleh Pengarah Pemudanya sendiri, Sitki Sezgin Kizilkoca.
Organisasi ini adalah berteraskan kepada kemanusiaan dan ketamadunan dan aktiviti-aktivitinya bertumpu kepada aktiviti-aktiviti kesukarelaan, diskusi-diskusi ilmuan dan seminar-seminar berkaitan kemanusiaan dan ketamadunan.
Aktiviti-aktiviti mereka adalah berasaskan dan berteraskan Islam dan cuba menghuraikan ilmu-ilmu sains dan teknologi di dalam kehidupan seharian terutama dalam pekerjaan-pekerjaan seharian ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada profesional-profesional dalam pelbagai bidang kejuruteraan, arkitek dan sains aktuari. Ahli-ahlinya juga terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan universiti-universiti.
IMH berada di beberapa bandar-bandar besar di Turki - Istanbul, Konya, Bursa dan Isparta untuk memastikan masyarakat Turki bersama-sama dalam aktiviti-aktiviti mereka.
Terdapat 3 unit utama dalam IMH Genc ini :-
1.            Unit Sekolah Menengah - mengadakan study group mingguan berdasarkan ayat-ayat lazim mudah, hadis-hadis daripada Riyadhus Solihin dan isu-isu kontemporari -termasuk sejarah

2.            Unit Universiti - mengadakan study group mingguan berdasarkan rujukan-rujukan tafsir seperti Tafsir Fi Zilalil Quran, Tafsir Ibn Katsir dan perbincangan hadis-hadis berdasarkan isu-isu kontemporari serta perbincangan mengenai sejarah, tasawwuf dan cabang ilmu islam yang lain dan mengaitkannya dengan ketamadunan (sains dan teknologi)

3.            Unit Fasiliti - memastikan fasiliti di semua tempat pertemuan mencukupi dan memuaskan
Menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh delegasi MBM :
1)            Berkenaan badan yang memantau kualiti ahli, aktiviti dan program yang dirancang - kesemua aktiviti dan modul diskusi IMH dikawalselia oleh ahli-ahli senior organisasi ini bagi memastikan kualitinya terkawal. Ahli-ahli senior ini terdiri daripada pensyarah, professional yang berpengalaman dan pakar-pakar

2)            Sumber Dana - Kesemua dana IMH adalah sumbangan ahli dalam bentuk wakaf dan infak (sumbangan) tanpa bantuan daripada Kerajaan Turki

3)            Kerjasama yang boleh wujud antara MBM dan IMH - Terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan bahan kerjasama dengan MBM – Pertama ialah aktiviti-aktiviti diskusi berkaitan kemanusiaan dan ketamadunan. Yang kedua, menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan bersama. Yang ketiga, program pertukaran belia (ahli)

4)            Keamanan sejagat - IMH adalah konsisten dengan perjuangan asas mereka mengenai kemanusiaan; ianya amat berkait rapat dengan keamanan sesama umat manusia. IMH juga mengadakan aktiviti-aktiviti bersama golongan bukan Islam di Turki dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana organisasi di luar Turki

Organisasi ini amat menghormati dan berterimaksih kepada MBM kerana kesudian berkongsi pengalaman dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan. IMH juga seringkali menjemput negarawan Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk menyampaikan ucaptama dan berkongsi pengalaman Malaysia tentang ketamadunan dan kemanusiaan kepada Turki dan IMH.

Kisah Hagia Sophia

 
Hagia Sophia asalnya adalah bangunan gereja ortodox yang dibina pada tahun 360M oleh kerajaan Byzantium di Istanbul dan mengalami pelbagai perubahan status selepas itu, menjadi sebuah masjid, kini, menjadi sebuah muzium. Penulis pelancongan dalam ulasan pelancongan selalu berkata, tidak sah perjalanan ke Istanbul kalau tidak melawat bangunan yang tersergam megah ini.
 
Selepas penaklukan kota Constantinople, yang diubah namanya menjadi Istanbul, fungsi Hagia Sophia juga telah berubah daripada menjadi sebuah gereja kepada sebuah masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Ini bertentangan dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab dan tindakan Salahudin al-Ayubbi selepas menawan Baitul Maqdis tidak melakukan apa-apa terhadap rumah-rumah ibadat agama-agama samawi yang lain malah mengekalkan status quo. Kenapa? Mengapa adalah persoalan yang perlu dibincangkan dan diteliti latar belakang, faktor dan keadaannya.
 

Di sinilah didirikan sebuah masjid bagi memperingati diplomasi Saidina Umar al-Khattab menghormati gereja Kristian dengan tidak merampasnya untuk dijadikan masjid melainkan bersolat di sebuah kawasan lapang (di tapak lokasi masjid ini)...

Tindakan Umar al-Khattab dan Sultan Muhammad al-Fateh, walaupun berbeza tetapi memberikan ruang penafsiran yang luas bagaimana untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara. Isu tempat ibadah dan beberapa isu lain yang tidak berkaitan dengan aqidah umat Islam bukanlah sesuatu perkara wajib yang dituntut untuk dilaksanakan. Umar al-Khattab memiliki hujahan beliau yang tersendiri manakala Sultan Muhammad al-Fateh ada keperluan penting yang perlu ditegakkan bagi mengukuhkan usaha dakwahnya.

Wallahu a'lam bissawab.

Wednesday, January 2, 2013

Pengurusan Pelajar Antarabangsa oleh Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem


Adalah sesuatu yang memeritkan kepada seorang pelajar antarabangsa untuk berada di sebuah negara yang asing, keadaan yang asing, cuaca yang asing dan makanan yang asing…

Atas dasar itulah dua buah NGO ini, Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ditubuhkan dan mendapat sokongan penuh daripada IHH bagi menguruskan keperluan asas dan bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang berada di Turki. Pelajar-pelajar yang mendapatkan khidmat dua buah NGO ini ialah pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuklah dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Kemboja dan Thailand. NGO-NGO ini ditubuhkan bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa bergraduasi dengan jayanya kerana statistik sebelum ini mendapati ramai pelajar antarabangsa gagal menyudahkan pengajian mereka.

Bantuan utama yang diberikan ialah penguasaan bahasa Turki yang merupakan 90% medium perhubungan di dalam universiti dan kehidupan seharian semasa berada di negara ini. Selain itu, ada beberapa aktiviti utama diadakan seperti :-

Kegiatan pendidikan ; seminar, aktiviti mengajar dan tuisyen, seminar persiapan ke universiti untuk bahasa Turki, bahasa Arab dan bahasa Inggreis, Web Design serta pengajian agama dan al-Quran.

Kegiatan sosial adalah untuk pertemuan mahasiswa antarabangsa, piknik, persembahan dan makanan negara, kejohanan sukan, hari wayang gambar, perjalanan domestik, perjalanan budaya, kunjungan kepada pemimpin di Istanbul, serta kunjungan ke rumah kegiatan siswa yang lain.

Layanan dan bimbingan untuk mahasiswa universiti dalam permohonan, pendaftaran dan pemilihan program pembelajaran. Selain itu, membantu urusan perumahan, pengangkutan, komunikasi dan masalah kesihatan untuk diselesaikan kebanyakannya, dalam bentuk nasihat dan bimbingan. Permohonan biasiswa juga diuruskan untuk siswa yang layak dan memerlukan.

Berdasarkan konsep “Kita adalah satu bangsa” (We are a nation), Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem akan berusaha memberikan sumbangan yang terbaik bagi memudah dan memberikan fasilitasi kepada pelajar-pelajar antarabangsa di negara Turki ini.
20 orang pelajar Malaysia yang berada di Turki juga menggunakan khidmat sepenuhnya Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ini.

Tuesday, January 1, 2013

Kisah di sebalik Mavi Marmara

Kisah lanjut tentang perjalanan rombongan kami ada kaitannya dengan gambar di atas... sebuah organisasi yang dilabelkan oleh Israel sebagai pengganas walaupun organisasi ini seratus peratus aktivitinya adalah bantuan kemanusiaan semata-mata.
 
Seramai 9 orang sukarelawan Turki telah dibunuh oeh tentera Israel yang bertegas serangan mereka adalah tepat bagi menghalang kemasukan senjata yang dibawa oleh flotilla ini. Betapa kejinya Israel selepas melakukan tindakan kejam yang tiada perikemanusiaan ini tidak pernah memohon maaf walaupun setelah dibuktikan kargo-kargo yang dibawa oleh flotilla-flotilla ini ialah makanan, ubat-ubatan, selimut, pakaian dan barang-barang yang tidak ada bahaya langsung.

IHH Humanitarian Relief Foundation (Dalam bahasa Turki: İHH İnsani Yardım Vakfı; Nama Turki penuhnya: İnsan Hak ve Hürriyetleri ve İnsani Yardım Vakfı, dan dalam bahasa melayunya: Yayasan Hak Asasi, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan atau İHH adalah NGO Turki yang berada di lebih daripada 100 buah negara yang ahlinya rata-ratanya adalah orang-orang Turki. (İHH bunyinya Ee Ha Ha)
Ditubuhkan pada tahun 1992, bermula dengan konflik perang di Bosnia dan telah didaftarkan secara resminya pada tahun 1995...
İHH menyediaakan bantuan kemanusiaan di kawasan peperangan, gempa bumi, kawasan kebuluran dan konflik. Status İHH juga diiktiraf oleh United Nations Economic and Social Council (UNESCO) sejak tahun 2004 sebagai Perunding Khas. Presiden İHH pada masa ini ialah Fehmi Bülent Yıldırım.
Delegasi ini disambut mesra oleh Sdri. Nalan DAL, Penyelaras Perhubungan IHH selaku wakil IHH menceritakan peranan IHH dalam memperjuangkan kemanusiaan sejagat dan pengalaman beliau semasa berkhidmat di Pakistan selama 11 tahun.


Selain Mavi Marmara yang merupakan kapal perdana (flagship), ada dua lagi kapal flotilla yang terlibat di dalam konvoi bantuan milik İHH yang bertujuan untuk memecahkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza. Israel dengan bantuan Mesir pada masa itu menutup pintu Rafah supaya bantuan tidak sampai secara terus kepada Gaza yang ditadbir Hamas melainkan melalui Tebing Barat yang ditadbir oleh Fatah dan mendapat pengendorsan Israel.

Kami di MBM amat berminat dengan kepakaran dan kebolehan İHH yang dapat menjadi NGO yang selalu mendahului aktiviti-aktiviti kemanusiaan di setiap kawasan bencana dan bantuan berterusan untuk kawasan yang berkonflik atau kebuluran. Semuanya dilaksanakan dengan kerjasama yang baik dengan NGO-NGO tempatan di samping meletakkan sukarelawan İHH sebagai juru koordinat bagi memastikan kesediaan bantuan bila diperlukan.
Kesemua dana yang didapati oleh İHH adalah sumbangan orang ramai dari seluruh dunia (tetapi sebilangan besarnya dari Turki) dan menjangkau sehingga USD100 juta setahun. 90% adalah sumbangan berbentuk sedekah/zakat manakala 10% lagi adalah dalam bentuk wakaf.
İHH melaksanakan 40 peratus aktivitinya untuk bantuan tempatan (termasuk bagi pelarian Kurdis dari Iraq dan pelarian Syria) dan selebihnya untuk aktiviti di seluruh dunia. İHH tidak melaksanakan bantuan di kalangan negara Islam saja tetapi aktif di hamper semua negara yang berkonflik seperti Rwanda dan Mozambique serta bantuan bencana di Jepun dan Haiti.

Monday, December 31, 2012

Pertemuan dengan Pemuda AK Party

AK Party adalah parti pemerintah Turki hari ini sejak tahun 2002. Kami berpeluang mengadakan pertemuan dengan sayap Pemuda Istanbulnya.
Saya difahamkan bahawa AK Party ini tidak memiliki sokongan penuh di bandaraya Istanbul (sokongan 40 peratus) walaupun memiliki sokongan melebihi 60 peratus di Turki. Ini ditambah lagi dengan perbualan-perbualan di kalangan penduduk Istanbul yang tidak begitu bersetuju dengan reformasi Islamisasi yang dijalankan oleh parti ini walaupun ianya tidak seagresif reformasi yang pernah dibuat oleh parti Refah di awal tahun 90an.
AKP adalah sebuah parti yang “baru” dalam sejarah politik Turki ditubuhkan pada tahun 2001 dan berusia 1 tahun ketika memenangi tampuk pemerintahan Turki buat pertama kalinya.
Bagi memastikan sokongan kepada parti-partinya, AKP mewujudkan beberapa biro yang menjalankan aktiviti-aktivitinya termasuklah yang berkaitan belia/pemuda, wanita dan teknologi. AKP memiliki sebuah visi yang dijangka untuk dicapai menjelang 2023, ulangtahun penubuhun ke-100 Turki. Salah satu daripada polisi yang diperlembagaankan dalam perlembagaan parti ialah hanya membenarkan seorang pemegang jawatan memegang jawatan dalam parlimen atau kabinet untuk tempoh maksima tiga penggal sahaja. Ini adalah satu polisi yang dibuat untuk menyuburkan kepimpinan berterusan dan mengelakkan isu-isu berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.
Visi dan misi yang memfokuskan kepada pembangunan tanpa mengabaikan keadilan sosial. Yang menarik perhatian saya ialah sasaran untuk menjadikan Turki pengeluar makanan keempat terbesar di dunia (sekarang yang ke-8) dan memiliki KDNK bernilai 1 trillion (sekarang 770 billion). Salah satu daripada plan tindakan yang begitu menarik perhatian ialah iltizam mereka untuk mengeluarkan kapalterbang mereka sendiri di samping mengeluarkan kereta nasional milik mereka. Malaysia juga dipuji kerana memiliki industry automotif sendiri yang begitu baik.
Walaupun ianya sebuah parti politik, AKP sentiasa bersedia untuk menjalin hubungan dengan MBM dalam hal-hal yang berkaitan belia/pemuda. Ini jawapan yang diberikan oleh Sdra Cek Cemer semasa diajukan soalan berkaitan peluang kerjasama dengan MBM.

Saya sempat mengajukan sebuah soalan berkenaan status penggabungan Turki ke dalam European Union (EU) dan penggunaan matawang Euro untuk urusan kewangan di Turki. Turki menganggap penyatuan ke dalam EU adalah sesuatu yang amat penting dan memang dalam matlamat jangka pendek pemerintahan AK Party untuk menyegerakannya. Ini adalah kerana Turki dapat berperanan sebagai sebuah negara Islam yang dapat membawa isu-isu berkenaan umat Islam di Eropah pada umumnya. Berkenaan matawang Euro, buat masa ini Turki masih mengambil pendekatan yang sama dengan United Kingdom (UK) dan Denmark untuk menggunakan matawangnya sendiri.
Berkaitan dengan keadaan ekonomi di Eropah yang tidak stabil dan pengangguran (terutamanya pengangguran belia) yang agak tinggi terutamanya di Spain dan Greece, Turki secara terusnya tidaklah begitu mendapat kesannya tetapi Kerajaan Turki masih memantau perkara ini. Ini berikutan langkah-langkah awal Turki yang memastikan jumlah hutang negaranya diturunkan dan membuka pasaran pelaburan baru terutamanya di China, Indonesia dan India.
Untuk isu kemanusiaan dan keamanan sejagat, Turki sebagai sebuah negara adalah antara negara yang pertama memberikan bantuan kepada sebarang bencana yang berlaku di dunia ini termasuklah gempa bumi di Haiti dan tsunami di Jepun. NGO-NGO lain di Turki juga sangat aktif dan adalah antara NGO kemanusiaan dunia Islam yang paling cekap dan efisyen.
Sebenarnya, diskusi susulan perlu dibuat dengan Pemuda AK Party bagi memastikan kerjasama yang difikirkan perlu dapat direalisasikan untuk manfaat belia di kedua-dua belah negara.


Menelusuri Selat Bhosporus dan mengenang kisah pembebasan Istanbul



Masih cuba membayangkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki tebing Selat ini dengan kapal-kapalnya... Kepimpinan itu banyak metod, kriteria dan ciri-cirinya. Sultan Muhammad al-Fateh dikenali dengan kebijaksanaan, keberanian, daya juang berterusan dan paling utama akhlak dan peribadi Islaminya yang mengagumkan.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine.
 
Sultan Muhamad al-Fateh yang dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M berumur 19 tahun ketika beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad untuk kali kedua (kali pertama ketika beliau berumur 17 tahun). Ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil-awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu dijadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
 
Perjuangan al-Fateh ini adalah perjuangan yang sepatutnya dijadikan kajian dan rujukan kepimpinan. Kunci utama kepimpinan beliau adalah peranan yang dimainkannya untuk menjadi "role model" di beberapa situasi dan kejadian - kejadian pembinaan Rumelli Hissari di mana beliau bersama rakyat dan pekerja buruh bersama-sama membinanya menyebabkan ulama-ulama dan pegawai-pegawainya turut serta; dan situasi di mana beliau mengimamkan solat jemaah kerana amalan beliau (tidak pernah tinggal qiyamullail dan tidak pernah tinggal solat sunnat rawatib sejak akil balighnya).

 
Semoga ada pemimpin hebat seperti beliau ini dapat dilahirkan. Amin

Jendela Keamanan Sejagat di kalangan Negara Islam bersama UNIW



Persidangan dengan topik "Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam: Mencari Wawasan Baru dalam Perubahan Dunia" telah dianjurkan dengan penyertaan lebih daripada 300 pertubuhan bukan kerajaan dari 40 buah negara, pada 1 Mei, 2005 di Istanbul. Dalam sesi terakhir persidangan, perbahasan telah dimulakan atas draf peraturan Persatuan, dan penubuhan Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (UNIW) telah dipersetujui dengan undi daripada wakil-wakil yang menyertai Persidangan.
Bagi tempoh tiga tahun pertama, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Sukarela Turki Foundation (TGTV) Necmi SADIKOGLU telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Kesatuan. Istanbul pula telah dipilih sebagai ibu pejabat Kesatuan.

Inilah sejarah tertubuhnya UNIW, sebuah gabungan NGO Dunia Islam yang berusaha menyatukan kesamaan pemikiran dalam melaksankan aktiviti-aktiviti keamanan dan kemanusiaan sejagat di seluruh dunia...

Semasa pertemuan dengan Ali Kurt, Setiausaha Agung UNIW, beliau telah berkongsi beberapa perkara :-
  • Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik sedia ada dengan Turki dan hubungan yang baik ini perlu dikembangkan juga dengan kerjasama yang berterusan antara NGO. Peranan  Malaysia di dalam dunia Islam amat penting memandangkan kedua-dua negara ini adalah negara maju yang menunjukkan kekuatan dunia Islam. Ini adalah tanggungjawab kekhalifahan yang diwariskan oleh Rasululah SAW. UNIW yang merupakan Gabungan NGO Islam juga disertai beberapa NGO Islam dari Malaysia seperti ABIM, PKPIM dan beberapa NGO lagi.
  • Umat Islam perlu bangkit berikutan banyaknya tindakan-tindakan ‘double-standard’ yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada negara Islam seperti Palestin, Syria, Checnya, Selatan Thai dsb. Selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itulah dunia Islam akan sentiasa dalam permasalahan dan penindasan. Terdapat 3 faktor yang menghalang kesatuan umat Islam :-
    1. Ketidakpedulian, Kemiskinan dan Perpecahan
    2. Kelemahan pendidikan dalam setiap sektor
    3. Usaha yang berkurangan untuk mencapai kejayaan
  • Umat Islam perlu memperbaiki usaha demi kesatuan umat bersama dan MBM perlu mengambil inisiatif ini bersama-sama. Semua NGO yang bersama dengan usaha perlulah sentiasa konsisten dan perjuangan yang lestari. Beliau juga memuji MBM kerana berjaya mengamalkan sikap tolerans dan persefahaman dalam organisasinya, dikuatkan dengan kehadiran 3 delegasi non-muslim dalam lawatan ini.
  • Beliau juga mengalu-alukan sekali lagi kedatangan delegasi ini ke Istanbul yang merupakan bandaraya yang dihasilkan daripada tamadun Islam – peninggalan sains dan kekhalifahan. Beliau amat berharap iktibar dapat diambil daripada kesan-kesan sejarah di sini.

 
  • Sebagai muhasabah, perkongsian khas untuk mengenali punca utama permasalahan kurun ini seperti yang dinyatakan oleh Bediuzaman Said Nursi;
    1. Kehilangan harapan
    2. Kehilangan nilai kebenaran
    3. Kehilangan persahabatan
    4. Keseimbangan spiritual antara sesama umat semakin pudar
    5. Pemerintahan kuku besi (despotism)
    6. Bertindak/bergerak secara berseorangan
Sebagai respon daripada persoalan bagaimana MBM dapat bekerjasama dengan UNIW, Mr Ali Kurt memaklumkan bahawa langkah pertama ialah komunikasi/penyampaian maklumat keamanan kepada semua manusia – hari ini maklumat disekat dan disalahtafsirkan. Selain itu, melaksanakan program yang berkaitan dan merangkumi pelbagai bangsa dan agama seperti projek Mavi Marmara. Program lain yang berkaitan untuk mencapai keamanan sejagat boleh dianjurkan bersama dan yang berkaitan seperti Urustadbir Kerajaan yang baik dan Permasalahan/Isu Kekeluargaan. Kriteria utama pemilihan program ini harus mempunyai nilai dan makna.

Walaupun pertemuan begitu singkat, rombongan MBM dan UNIW telah sepakat untuk menambahkan pertemuan dan kerjasama dalam program dan aktiviti.

Inilah pertemuan dengan NGO pertama di Istanbul terdapat 4 lagi pertemuan dengan NGO-NGO lain dan Pemuda AK Party. Sesungguhnya, inilah sebahagian usaha-usaha kecil mempromosikan keamanan sejagat dalam keadaan cuaca yang asing dan tempoh waktu siang yang sangat pendek di musim sejuk di sebuah negara asing bagi rombongan kami.

Sunday, December 30, 2012

Mengenali Turki dengan Bashirah...


Menurut Ibn Qayyim al Jawziyah, memandang dan memperhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah ada dua cara :
Pertama, melihat dengan mata kepala; misalnya melihat birunya langit, bintang-bintangnya, tinggi dan luasnya. Ini adalah perhatian yang sama di antara manusia dan haiwan. Dan, bukan ini yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Kedua, melihat dengan mata hati (bashirah). Ia menyaksikan keluasanNya, keagunganNya, kebesaranNya, dan ketinggianNya.
Bashirah manusia dalam mencari cahaya yang cemerlang ini sepatutnya mengintisari/mendefinisikan alam, merupakan ciri-ciri manusia istimewa. Mereka adalah para pemilik bashirah tajam yang menyaksikan nur (cahaya) yang terang ini. Mereka memiliki keyakinan dan bashirah terhadap keindahan dan kesempurnaan nur ini. Seandainya lawan dari nur ini dipaparkan ke akal mereka, pasti mereka melihatnya seperti malam yang gelap gelita, hitamnya.
 
Amat rugilah orang-orang yang tidak memiliki Bashirah; mengikuti orang yang memimpin dan menemani mereka saja, seperti kata Ali bin Abi Thalib, seterusnya :
"Mereka mengikuti setiap suara panggilan, menuruti semua teriakan orang. Mereka tidak bersuluh dengan cahaya ilmu, dan tidak bersandar ke tiang yang kukuh."

Ibnu Abbas berkata, "(Ertinya ulil aydy) adalah punya kekuatan dalam ketaatan kepada Allah SWT, dan (erti ulil abshaar) adalah punya pengetahuan tentang perintah Allah SWT." Qatadah dan Mujahid pula berkata, "Mereka diberi kekuatan dalam ibadah dan pandangan yang tajam tentang agama." Merekalah ulul albab yang dikhususkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dengan kitab tanbih dan irsyad. Dan, kepada merekalah sebenarnya tazkirah ditujukan.
Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (tazkirah)." (az-Zumar: 9).
 
 
Musafir adalah satu bentuk tazkirah kehidupan yang seharusnya dijadikan manfaat sebaik-baiknya. Ukuran keberkesanan musafirnya seseorang insan itu ialah apabila musafirnya lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.



Misi musafir MBM ini diteruskan lagi di Istanbul, Turki. Turki tidak mengalami sebarang peperangan dan konflik yang besar, hanya penentangan secara aman kaum Kurdis yang barada di Timur Laut Turki (bersempadanan dengan Syria). Namun begitu, Turki banyak memainkan peranannya dalam soal keamanan sejagat dan bantuan kemanusiaan di negara-negara yang bergolak, terutamanya untuk situasi terkini di Gaza dan Syria.

Turki Aku Datang...



Turki adalah sebuah negara yang penuh misteri dan unik, wujud sejak 1924 dan lahirnya bukan kerana kemerdekaan tapi selepas kejatuhan satu empayar besar, Uthmaniyyah Turk. Sejak itu pemimpin Turki cuba mengubah persepsi rakyatnya bahawa beliaulah yang membebaskan Turki daripada kemunduran dan kekolotan. Kemunduran dan kekolotan yang cuba digambarkan itu adalah hidup secara Islam; kehidupan dengan menuruti kemurnian akhlak, menjaga adab kemanusiaan dan yang paling utama, patuh kepada Allah SWT.
Misi beliau untuk mengubah Turki bukannya keseorangan malah mendapat sokongan negara-negara Barat. Jika kita mengikuti filem-filem berdasarkan sejarah oleh Barat, orang Islam Turki yang berjuang untuk empayar Uthmaniyyah sering digambarkan sebagai orang-orang yang zalim, kasar, gasar dan tiada perikemanusiaan. Bagi melupakan kehebatan Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul, ibu negara baru Turki dipindahkan ke Ankara dan bangunan-bangunan penting dalam sejarah seperti masjid-masid, istana dan muzium ditutup atau dijadikan markas tentera dana kandang kuda.
Minda sempit begini masih wujud hari ini, termasuklah di Malaysia… Saya ada menerima jemputan untuk menghadiri majlis tahun baru (pengisiannya amat bertentangan dengan cara hidup Islam terutamanya dengan promosi hidangan araknya). Saya menolak dengan baik tetapi saya diberikan respon yang menusuk hati; saya ni kolot dan mundur. Sedihnya saya… tetapi untuk dia. Sekiranya dia mahu berbahas tentang teknologi, hal-ehwal semasa serta ekonomi Malaysia dan dunia belum tentu dia dapat menandingi saya!
Kembali kepada Turki dan Istanbul…




Negara Turki pun nampak “gah” juga kemajuan materialistiknya; bangunan dengan fasiliti moden dan sistem pengangkutan awam dan jalan raya yang agak baik juga. Melancong ke Turki ini amat sukar kerana bahasanya… Tidak ramai rakyatnya boleh bertutur bahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya, ramai pulak pelancong terutamanya dari Eropah yang datang melancong ke Turki. Semasa penerbangan balik ke Kuala Lumpur, ada seorang pelancong dari Jepun memberitahu bahawa Istanbul (Turki) adalah destinasi pelancongan yang baik dan beliau berbangga kerana Turki menghargai bahasa mereka sama seperti orang Jepun. Komen ini berlainan dengan komen rakan pelancong dari Bangladesh yang tidak menyukai polisi Turki tentang bahasa ini…

Saya difahamkan juga oleh rakan-rakan dari Turki bahawa bahasa pengantar dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah bahasa Turki seratus peratus. Di universiti pula, 90 peratus bahasa pengantarnya adalah bahasa Turki. Rasanya, tidak perlu gunakan Bahasa Inggeris untuk lebih maju, tetapi usaha-usaha menterjemah dan pengkajian teknologi yang berterusanlah yang lebih utama supaya kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan masakini dan itulah yang dilaksanakan oleh Turki sehinggalah ke hari ini untuk setanding dengan jiran-jiran mereka di Eropah. Hal yang serupa boleh saya simpulkan juga untuk Jepun, Perancis, Jerman dan China…

Perjalanan kami disambut dan dirahmati dengan hujan salji… Pengalaman pertama bagi sesetengah rombongan kami dan pengembalian nostalgia lama bagi yang pernah merasakannya. Semoga ada manfaat dan kebaikan kepada perjalanan kali ini.
Kelebihan itu adalah anugerah Allah yang menjadi amanah untuk ditunaikan haknya...
Yang kuat untuk untuk membantu yang lemah
Yang kaya untuk membantu yang miskin
Yang sihat untuk membantu yang sakit
Yang berilmu untuk membantu yang jahil

Friday, June 19, 2009

Isparta dan Konya


Alhamdulilah, kami sudah hampir ke penghujung ekspedisi pendidikan ini dan tinggal sedikit lagi penceriteraan saya mengenai Turki dan yang berkaitan dengannya. Bersyukur ke hadrat Ilahi atas peluang yang amat besar ini, sungguh banyak ilmu, pengajaran dan tazkirah yang saya dapat daripadanya.



Sebelum ke Konya, kami singgah untuk makan tengahari di Isparta. Selain gandum dan barangan ternak, hasil-mahsul bandar Isparta yang amat penting juga ialah produk berkaitan ros. Kami juga dimaklumkan bahawa air dan minyak ros yang dihasilkan di sini digunakan untuk mencuci kaabah. Allahuakbar.

Kami amat bertuah kerana sempat melawat sebuah Kilang mencetak Al-Quran yang terletak di bandar Isparta ni. Lawatan kami ke sana disambut meriah oleh pemimpin utama Hayrat Foundation, Ustaz Said Nuri dan beberapa wakil Isparta lain termasuk mahasiswa Universiti Sulaimani Damirel. Di sana kami dihidangkan dengan juadah makanan tengah hari masakan Turki yang terkenal dengan kelazatan ayam panggangnya. Sebelum kami meninggalkan Bandar Isparta, seluruh peserta ekspedisi mendengar kuliah ringkas dari Ustaz Said Nuri dan menerima cenderamata Al-Quran yang dihadiahkan oleh beliau bagi pihak Hayrat Foundation, Isparta dan kilang tersebut.

Kilang ini baru saja dibina lima tahun yang lalu dan merupakan kilang yang membekalkan al-Quran ke seluruh Turki (saya terlupa berapa jumlah pengeluaran sehari). Yang menariknya, al-Quran di sini dikeluarkan dan dikilangkan dalam keadaan yang amat dipercayai dan "suci" hasilnya. Apa tidaknya, tempat masuknya sahaja disediakan tempat berwudhu' untuk memastikan setiap orang yang masuk berwudhu, pemakaian kasut tidak dibenarkan sama sekali dan pekerja-pekerjanya adalah murid-murid madrasah Hayrat sendiri. Apa yang paling penting sekali, pemakanan mereka dijaga dan tempat ini dihuni sendiri oleh pemimpin dan ulama' mereka, Ustaz Said Nuri. Al-Quran yang dihasilkan di sini agak istimewa kerana ianya adalah hasil tulisan tangan secara tawafuq oleh Ustaz Ahmed Husrev Altinbasak, murid Bediuzzaman Said Nursi.

Sehingga ke hari inipun, saya masih tidak tahu asal usul Mashaf Uthmani yang berada di rumah saya. Astaghfirullah, semoga Allah mengekalkan barakahnya ke atas setiap pembacaan al-Quran saya.



Setelah sekian lama berada di perjalanan, akhirnya kira-kira pukul 8.20 malam, kami tiba juga ke destinasi yang dirancang. Konya sememangnya sebuah Bandar yang terkenal dengan nama bandaraya Islam di kalangan rakyat Turki. Bandar ini amat terkenal kerana menjadi tempat seorang Ulama sufi terkenal Sheikh Maulana Jalaludin Rumi berdakwah dan dimakamkan. Tidak dilupakan juga, bandar inilah yang juga menjadi kawasan seorang pemimpin politik Islam Necmuddin Erbakan mencipta nama apabila kali pertama memenangi pilihanraya kira-kira lebih 10 tahun yang lalu. Kisah sedih dan duka juga pernah menyaksikan ribuan ulama' telah dibunuh secara beramai-ramai dengan dijerut menggunakan tali serban mereka sendiri semasa pemerintahan kuat sekularisme di dalam sebuah masjid di sebuah bukit di bandar ini (tidak pasti di mana masjid tersebut kerana persinggahan yang amat singkat di Konya).



Setibanya kami di sana, kami terus dibawa ke sebuah masjid tempat di mana Sheikh Jalaludin al-Rumi dimakamkan. Makam beliau dikelilingi oleh kira-kira 65 makam lain yang terdiri dari keluarga terdekat beliau termasuk ayahanda beliau sendiri, Sultan Bahar. Menurut sejarah, beliau dilahirkan di Karma sebuah Bandar di tengah Asia, dan kemudian berhijrah bersama ayahnya ke Konya. Karya terkenal beliau bernama Mesnevi (masnawi) adalah sebuah tulisan berbentuk puisi.

Menurut Said Nursi Badiuzzaman, Mesnevi adalah merupakan satu cahaya nur dari tujuh cahaya Al-Quran yang menerangi alam semesta. Selepas pemergian beliau, anak muridnya telah mengasaskan sebuah tariqat tasauf. Tarikat yang diamalkan oleh sebilangan pengamal ini begitu terkenal dengan bacaan zikir sambil berpusing-pusing. Kami difahamkan, pengasas tarikat ini telah mendengar semua zikir dari kalangan seluruh makhluk di dunia ini dan melihat beberapa makhluk telah berzikir sambil berpusing. Antara makhluk yang dinyatakaan termasuklah matahari, bumi, electron, proton dalam badan dan sebagainya yang sentiasa bergerak tanpa henti. Maka. disebabkan itulah, zikir tarikat ini dibaca sambil berpusing-pusing, dipanggil Ritual Sema atau Tarian Sufi, di Malaysia ni.


Dalam pada itu, beberapa peninggalan Sheikh seperti tasbih besar, kitab, dan karya-karya beliau juga diletakkan di kawasan berdekatan untuk tujuan pameran. Perbincangan, apatah lagi amalan tasawwuf serta tarikat adalah merupakan sesuatu yang "berat" untuk diamalkan malah dibahaskan di Malaysia kerana takut ianya akan membawa kepada ajaran sesat.

Mungkin ini sesuatu yang boleh dibahaskan lebih lanjut. Wallahu a'lam bissawab.

Bashirah


Dari Bolvadin, 4 jam masa yang diperlukan untuk sampai ke Isparta dan 5 jam lagi untuk ke Konya dari Isparta. Sesungguhnya ini merupakan satu perjalanan yang amat memenatkan. 9 jam inilah yang saya habiskan untuk menikmati keindahan luar bandar Turki. Menurut Ibn Qayyim al Jawziyah, memandang dan memperhatikan tanda-tanda kekuasaan Allah ada dua cara :

Pertama, melihat dengan mata kepala; misalnya melihat birunya langit, bintang-bintangnya, tinggi dan luasnya. Ini adalah perhatian yang sama di antara manusia dan haiwan. Dan, bukan ini yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Kedua, melihat dengan mata hati (bashirah). Ia menyaksikan keluasanNya, keagunganNya, kebesaranNya, dan ketinggianNya.


Bashirah manusia dalam mencari cahaya yang cemerlang ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: orang yang tidak memiliki bashirah iman sama sekali. Dia hanya melihat kegelapan, petir, dan kilat. Dia meletakkan dua jarinya di telinganya karena takut kepada suara petir, dan meletakkan tangan di matanya karena takut melihat kilat, khuatir akan membutakan matanya. Pandangannya tidak menjangkau apa yang ada di balik itu semua, seperti rahmat dan sebab-sebab kehidupan yang abadi. Orang seperti kelompok pertama ini adalah orang yang menutup mata terhadap agama. Dia tidak menerima agama Allah SWT yang diturunkan untuk hamba-hambaNya meskipun dia telah mendengar, menyaksikan dan menerima semua ayat-ayatNya, mahupun risalah daripada pesuruh-pesuruhNya.

Kedua: para pemilik bashirah yang lemah, yang pandangan mereka kepada cahaya ini seperti pandangan kelawar terhadap cahaya matahari. Mereka mengikuti nenek moyang mereka. Agamanya adalah agama adat dan lingkungan tempat mereka berada. Mereka inilah yang dimaksud oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dengan ucapannya,

"Atau orang yang tunduk kepada kebenaran, tapi tidak punya bashirah untuk memilih kebenaran itu."

Ketiga: yakni mengintisari/mendefinisikan alam, manusia istimewa. Mereka adalah para pemilik bashirah tajam yang menyaksikan nur (cahaya) yang terang ini. Mereka memiliki keyakinan dan bashirah terhadap keindahan dan kesempurnaan nur ini. Seandainya lawan dari nur ini dipaparkan ke akal mereka, pasti mereka melihatnya seperti malam yang gelap gelita, hitamnya.
Inilah inti perbezaan antara mereka dengan kelompok sebelumnya.
Orang-orang (dari golongan kedua) itu mengikuti orang yang memimpin dan menemani mereka saja, seperti kata Ali bin Abi Thalib, seterusnya :

"Mereka mengikuti setiap suara panggilan, menuruti semua teriakan orang. Mereka tidak bersuluh dengan cahaya ilmu, dan tidak bersandar ke tiang yang kukuh."

Ini tanda orang yang tidak memiliki bashirah. Kita melihat dia menyukai sesuatu, tetpai pada msa yang sama, juga menyukai lawannya. Dia memuji sesuatu, tapi kekadang juga memakinya, jika dilitupi oleh luaran yang tidak dikenalinya. Dia mengagungkan ketaatan kepada Rasul saw. dan memandang pelanggaran ajaran beliau sebagai dosa besar, tapi dia sendiri tergolong orang yang paling menentang ajaran tersebut, dan di sesetengah keadaan, paling keras memusuhi orang yang mengamalkan sunnahnya. Ini karena dia tidak memiliki bashirah.

Berbeza halnya dengan orang dari kelompok ketiga ini, amal mereka berlandaskan bashirah. Dengan perbezaan bashirah itulah kemuliaan mereka meningkat, seperti kata seorang salaf ketika cuba mengkaji generasi silam, "Itu hanya karena mereka beramal dengan dasar bashirah."
Seseorang tidak pernah mendapat kurnia lebih afdhal dari bashirah (pengetahuan yang dalam) tentang agama Allah SWT, meskipun dia beramal sekadarnya. Allah SWT berfirman,

"Dan ingatlah hamba-hamba Kami; Ibrahim, Ishak dan Yaaqub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi." (Shaad: 45)


Ibnu Abbas berkata, "(Ertinya ulil aydy) adalah punya kekuatan dalam ketaatan kepada Allah SWT, dan (erti ulil abshaar) adalah punya pengetahuan tentang perintah Allah SWT." Qatadah dan Mujahid pula berkata, "Mereka diberi kekuatan dalam ibadah dan pandangan yang tajam tentang agama." Merekalah ulul albab yang dikhususkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dengan kitab tanbih dan irsyad. Dan, kepada merekalah sebenarnya tazkirah ditujukan.
Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (tazkirah)." (az-Zumar: 9).

Sunday, June 14, 2009

Pemandangan di luar bandar Turki

Beginilah pemandangan di sepanjang perjalalanan kami dari Bursa ke Konya melalui Isparta dan Bolvadin. Pemandangan sama jugalah yang kami nikmati semasa balik ke Istanbul melalui Ankara.

Selain pemandangan gunung ganang yang kadang-kadang diliputi salji dan pokok pain yang menghijau, tanahnya juga diliputi oleh ladang gandum serta padang ragut untuk biri-biri, kambing dan lembu mengalas perut. Makanan asas seperti gandum ditanam seratus peratus oleh penduduk Turki; penternakan ayam, lembu dan kambing juga industri utama yang menjana ekonomi negara ini.



Industri pemakanan adalah industri yang perlu diberi perhatian serius oleh sebuah negara yang berdaulat. Faktor kekuatan dan pengekalan keukuhan Dawlah Uthmaniyyah ialah industri makanannya yang tidak bergantung sama sekali dari negara luar hinggalah ke hari ini. Walaupun selepas kalah teruk pada Perang Dunia Pertama, Turki masih lagi mampu untuk menjadi kuasa yang kuat selepas itu, juga adalah kerana kekuatan industri pemakanannya.
Berbeza dengan Malaysia, kita amat bergantung kepada makanan import dan kita membelanjakan lebih kurang RM25 billion setahun untuk mengimport makanan (statistik 2008). Saya bukan pakar ekonomi, tetapi dengan statistik beginilah yang menunjukkan kebergantungan kita kepada iklim dunia semasa. Jika iklim ke arah barat, ke baratlah kita dan jika ianya cenderung ke timur, ke timurlah kita.

Bunga apa ni?


Bunga popi – yang boleh menghasilkan candu (opium). Kerana itulah kawasan ini dinamakan Afyon (maknanya candu dalam bahasa Turki). Kerajaan Turki menggalakkan penanaman bunga popi ini bagi membantu industri ubat-ubatan di Turki.
Industri ubat-ubatan merupakan industri yang tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum saya sampai ke bandar Bolvadine. Seingat saya, semua ubat dihasilkan oleh bahan kimia tetapi dari mana datangnya bahan kimia yang berasaskan candu untuk kegunaan membuat panadol (paracatemol), ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat bius adalah sesuatu yang saya tidak ambil peduli.
Walau bagaimanapun, industri penanaman candu ini mestilah dikawal dengan baik bagi mengelakkan ianya jatuh kepada golongan-golongan manusia yang tamak dan durjana. Ingatlah ayat 41 surah ar-Rum yang maksudnya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”