Sunday, January 6, 2013

Kisah Hagia Sophia

 
Hagia Sophia asalnya adalah bangunan gereja ortodox yang dibina pada tahun 360M oleh kerajaan Byzantium di Istanbul dan mengalami pelbagai perubahan status selepas itu, menjadi sebuah masjid, kini, menjadi sebuah muzium. Penulis pelancongan dalam ulasan pelancongan selalu berkata, tidak sah perjalanan ke Istanbul kalau tidak melawat bangunan yang tersergam megah ini.
 
Selepas penaklukan kota Constantinople, yang diubah namanya menjadi Istanbul, fungsi Hagia Sophia juga telah berubah daripada menjadi sebuah gereja kepada sebuah masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Ini bertentangan dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab dan tindakan Salahudin al-Ayubbi selepas menawan Baitul Maqdis tidak melakukan apa-apa terhadap rumah-rumah ibadat agama-agama samawi yang lain malah mengekalkan status quo. Kenapa? Mengapa adalah persoalan yang perlu dibincangkan dan diteliti latar belakang, faktor dan keadaannya.
 

Di sinilah didirikan sebuah masjid bagi memperingati diplomasi Saidina Umar al-Khattab menghormati gereja Kristian dengan tidak merampasnya untuk dijadikan masjid melainkan bersolat di sebuah kawasan lapang (di tapak lokasi masjid ini)...

Tindakan Umar al-Khattab dan Sultan Muhammad al-Fateh, walaupun berbeza tetapi memberikan ruang penafsiran yang luas bagaimana untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara. Isu tempat ibadah dan beberapa isu lain yang tidak berkaitan dengan aqidah umat Islam bukanlah sesuatu perkara wajib yang dituntut untuk dilaksanakan. Umar al-Khattab memiliki hujahan beliau yang tersendiri manakala Sultan Muhammad al-Fateh ada keperluan penting yang perlu ditegakkan bagi mengukuhkan usaha dakwahnya.

Wallahu a'lam bissawab.

No comments:

Post a Comment