Adalah sesuatu yang memeritkan
kepada seorang pelajar antarabangsa untuk berada di sebuah negara yang asing,
keadaan yang asing, cuaca yang asing dan makanan yang asing…
Atas dasar itulah dua buah NGO
ini, Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ditubuhkan dan mendapat sokongan penuh
daripada IHH bagi menguruskan keperluan asas dan bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar
antarabangsa yang berada di Turki. Pelajar-pelajar yang mendapatkan khidmat dua
buah NGO ini ialah pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuklah dari rantau
Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Kemboja dan Thailand. NGO-NGO ini
ditubuhkan bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa bergraduasi
dengan jayanya kerana statistik sebelum ini mendapati ramai pelajar antarabangsa
gagal menyudahkan pengajian mereka.
Bantuan utama yang diberikan
ialah penguasaan bahasa Turki yang merupakan 90% medium perhubungan di dalam
universiti dan kehidupan seharian semasa berada di negara ini. Selain itu, ada
beberapa aktiviti utama diadakan seperti :-
Kegiatan pendidikan ; seminar,
aktiviti mengajar dan tuisyen, seminar persiapan ke universiti untuk bahasa
Turki, bahasa Arab dan bahasa Inggreis, Web Design serta pengajian agama dan
al-Quran.
Kegiatan sosial adalah untuk
pertemuan mahasiswa antarabangsa, piknik, persembahan dan makanan negara,
kejohanan sukan, hari wayang gambar, perjalanan domestik, perjalanan budaya,
kunjungan kepada pemimpin di Istanbul, serta kunjungan ke rumah kegiatan siswa
yang lain.
Layanan dan bimbingan untuk
mahasiswa universiti dalam permohonan, pendaftaran dan pemilihan program
pembelajaran. Selain itu, membantu urusan perumahan, pengangkutan, komunikasi
dan masalah kesihatan untuk diselesaikan kebanyakannya, dalam bentuk nasihat dan bimbingan. Permohonan biasiswa juga diuruskan untuk siswa yang layak dan
memerlukan.
Berdasarkan konsep “Kita adalah
satu bangsa” (We are a nation), Bab-I
Alem dan Safire Bab-I Alem akan berusaha memberikan sumbangan yang terbaik bagi
memudah dan memberikan fasilitasi kepada pelajar-pelajar antarabangsa di negara
Turki ini.
20 orang pelajar Malaysia yang berada di Turki
juga menggunakan khidmat sepenuhnya Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ini.
No comments:
Post a Comment