Kisah
lanjut tentang perjalanan rombongan kami ada kaitannya dengan gambar di atas...
sebuah organisasi yang dilabelkan oleh Israel sebagai pengganas walaupun
organisasi ini seratus peratus aktivitinya adalah bantuan kemanusiaan
semata-mata.
Seramai 9 orang sukarelawan Turki telah
dibunuh oeh tentera Israel yang bertegas serangan mereka adalah tepat bagi
menghalang kemasukan senjata yang dibawa oleh flotilla ini. Betapa kejinya
Israel selepas melakukan tindakan kejam yang tiada perikemanusiaan ini tidak
pernah memohon maaf walaupun setelah dibuktikan kargo-kargo yang dibawa oleh
flotilla-flotilla ini ialah makanan, ubat-ubatan, selimut, pakaian dan barang-barang
yang tidak ada bahaya langsung.
IHH Humanitarian Relief Foundation (Dalam bahasa Turki: İHH İnsani Yardım Vakfı; Nama Turki penuhnya: İnsan Hak ve Hürriyetleri ve İnsani Yardım Vakfı, dan dalam bahasa melayunya: Yayasan Hak Asasi, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan atau İHH adalah NGO Turki yang berada di lebih daripada 100 buah negara yang ahlinya rata-ratanya adalah orang-orang Turki. (İHH bunyinya Ee Ha Ha)

Ditubuhkan pada tahun 1992,
bermula dengan konflik perang di Bosnia dan telah didaftarkan secara resminya
pada tahun 1995...
İHH menyediaakan bantuan
kemanusiaan di kawasan peperangan, gempa bumi, kawasan kebuluran dan konflik.
Status İHH juga diiktiraf oleh United Nations Economic and Social Council
(UNESCO) sejak tahun 2004 sebagai Perunding Khas. Presiden İHH pada masa ini
ialah Fehmi Bülent Yıldırım.
Delegasi ini disambut mesra oleh Sdri. Nalan DAL, Penyelaras Perhubungan IHH selaku wakil IHH menceritakan peranan IHH dalam memperjuangkan kemanusiaan sejagat dan pengalaman beliau semasa berkhidmat di Pakistan selama 11 tahun.
Selain Mavi Marmara yang merupakan kapal perdana (flagship), ada dua lagi kapal flotilla yang terlibat di dalam konvoi bantuan milik İHH yang bertujuan untuk memecahkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza. Israel dengan bantuan Mesir pada masa itu menutup pintu Rafah supaya bantuan tidak sampai secara terus kepada Gaza yang ditadbir Hamas melainkan melalui Tebing Barat yang ditadbir oleh Fatah dan mendapat pengendorsan Israel.
Kami di MBM amat berminat dengan kepakaran dan kebolehan İHH yang dapat menjadi NGO yang selalu mendahului aktiviti-aktiviti kemanusiaan di setiap kawasan bencana dan bantuan berterusan untuk kawasan yang berkonflik atau kebuluran. Semuanya dilaksanakan dengan kerjasama yang baik dengan NGO-NGO tempatan di samping meletakkan sukarelawan İHH sebagai juru koordinat bagi memastikan kesediaan bantuan bila diperlukan.

Kesemua dana yang didapati oleh İHH
adalah sumbangan orang ramai dari seluruh dunia (tetapi sebilangan besarnya
dari Turki) dan menjangkau sehingga USD100 juta setahun. 90% adalah sumbangan
berbentuk sedekah/zakat manakala 10% lagi adalah dalam bentuk wakaf.
İHH melaksanakan 40 peratus aktivitinya
untuk bantuan tempatan (termasuk bagi pelarian Kurdis dari Iraq dan pelarian
Syria) dan selebihnya untuk aktiviti di seluruh dunia. İHH tidak melaksanakan
bantuan di kalangan negara Islam saja tetapi aktif di hamper semua negara yang
berkonflik seperti Rwanda dan Mozambique serta bantuan bencana di Jepun dan
Haiti.
No comments:
Post a Comment