Masih cuba membayangkan kehebatan
Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki tebing Selat ini dengan kapal-kapalnya...
Kepimpinan itu banyak metod, kriteria dan ciri-cirinya. Sultan Muhammad
al-Fateh dikenali dengan kebijaksanaan, keberanian, daya juang berterusan dan
paling utama akhlak dan peribadi Islaminya yang mengagumkan.
“Tidaklah kami pernah melihat
ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat
menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak
lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi
Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine.
Sultan Muhamad al-Fateh yang dilahirkan
pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M berumur 19 tahun ketika beliau
menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad untuk kali kedua (kali pertama
ketika beliau berumur 17 tahun). Ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al
Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil-awal
857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini
dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua
Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota
Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan
Rusia tetapi tidak berjaya. Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh
Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW
bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng
Konstantinopel.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar
nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu dijadikan ibu kotanya. Kemudian
beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya
Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada
dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.
Sultan Muhammad Al Fateh yang
dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika
berusia 49 tahun.
Perjuangan al-Fateh ini adalah perjuangan yang sepatutnya dijadikan kajian dan rujukan kepimpinan. Kunci utama kepimpinan beliau adalah peranan yang dimainkannya untuk menjadi "role model" di beberapa situasi dan kejadian - kejadian pembinaan Rumelli Hissari di mana beliau bersama rakyat dan pekerja buruh bersama-sama membinanya menyebabkan ulama-ulama dan pegawai-pegawainya turut serta; dan situasi di mana beliau mengimamkan solat jemaah kerana amalan beliau (tidak pernah tinggal qiyamullail dan tidak pernah tinggal solat sunnat rawatib sejak akil balighnya).
Semoga ada pemimpin hebat seperti beliau ini dapat dilahirkan. Amin
No comments:
Post a Comment