Turki adalah sebuah negara yang penuh misteri dan unik,
wujud sejak 1924 dan lahirnya bukan kerana kemerdekaan tapi selepas kejatuhan satu
empayar besar, Uthmaniyyah Turk. Sejak itu pemimpin Turki cuba mengubah
persepsi rakyatnya bahawa beliaulah yang membebaskan Turki daripada kemunduran
dan kekolotan. Kemunduran dan kekolotan yang cuba digambarkan itu adalah hidup
secara Islam; kehidupan dengan menuruti kemurnian akhlak, menjaga adab
kemanusiaan dan yang paling utama, patuh kepada Allah SWT.
Misi beliau untuk mengubah Turki bukannya keseorangan malah
mendapat sokongan negara-negara Barat. Jika kita mengikuti filem-filem
berdasarkan sejarah oleh Barat, orang Islam Turki yang berjuang untuk empayar
Uthmaniyyah sering digambarkan sebagai orang-orang yang zalim, kasar, gasar dan
tiada perikemanusiaan. Bagi melupakan kehebatan Empayar Uthmaniyyah yang
berpusat di Istanbul, ibu negara baru Turki dipindahkan ke Ankara dan
bangunan-bangunan penting dalam sejarah seperti masjid-masid, istana dan muzium
ditutup atau dijadikan markas tentera dana kandang kuda.
Minda sempit begini masih wujud hari ini, termasuklah di
Malaysia… Saya ada menerima jemputan untuk menghadiri majlis tahun baru
(pengisiannya amat bertentangan dengan cara hidup Islam terutamanya dengan
promosi hidangan araknya). Saya menolak dengan baik tetapi saya diberikan
respon yang menusuk hati; saya ni kolot dan mundur. Sedihnya saya… tetapi untuk
dia. Sekiranya dia mahu berbahas tentang teknologi, hal-ehwal semasa serta
ekonomi Malaysia dan dunia belum tentu dia dapat menandingi saya!
Kembali kepada Turki dan Istanbul…
Negara Turki pun nampak “gah”
juga kemajuan materialistiknya; bangunan dengan fasiliti moden dan sistem
pengangkutan awam dan jalan raya yang agak baik juga. Melancong ke Turki ini
amat sukar kerana bahasanya… Tidak ramai rakyatnya boleh bertutur bahasa
Inggeris. Tetapi yang peliknya, ramai pulak pelancong terutamanya dari Eropah
yang datang melancong ke Turki. Semasa penerbangan balik ke Kuala Lumpur, ada
seorang pelancong dari Jepun memberitahu bahawa Istanbul (Turki) adalah
destinasi pelancongan yang baik dan beliau berbangga kerana Turki menghargai
bahasa mereka sama seperti orang Jepun. Komen ini berlainan dengan komen rakan
pelancong dari Bangladesh yang tidak menyukai polisi Turki tentang bahasa ini…
Saya difahamkan juga oleh
rakan-rakan dari Turki bahawa bahasa pengantar dari sekolah rendah hingga ke
sekolah menengah bahasa Turki seratus peratus. Di universiti pula, 90 peratus
bahasa pengantarnya adalah bahasa Turki. Rasanya, tidak perlu gunakan Bahasa
Inggeris untuk lebih maju, tetapi usaha-usaha menterjemah dan pengkajian
teknologi yang berterusanlah yang lebih utama supaya kita tidak ketinggalan
dalam arus kemajuan masakini dan itulah yang dilaksanakan oleh Turki
sehinggalah ke hari ini untuk setanding dengan jiran-jiran mereka di Eropah.
Hal yang serupa boleh saya simpulkan juga untuk Jepun, Perancis, Jerman dan
China…
Perjalanan kami disambut dan dirahmati dengan hujan salji…
Pengalaman pertama bagi sesetengah rombongan kami dan pengembalian nostalgia
lama bagi yang pernah merasakannya. Semoga ada manfaat dan kebaikan kepada
perjalanan kali ini.
Kelebihan itu adalah anugerah Allah yang menjadi amanah untuk
ditunaikan haknya...
Yang kuat untuk untuk membantu yang lemah
Yang kaya untuk membantu yang miskin
Yang sihat untuk membantu yang sakit
Yang berilmu untuk membantu yang jahil
No comments:
Post a Comment