Manusia ini hidupnya harus selalu diajar untuk tidak menjadi orang yang kurang ajar.
Orang kurang ajar itu berbagai-bagai macam karenah dan sikapnya. Sikap kurang ajar dan si kurang ajar ini muncul di dalam mana-mana tingkatan sosial manusia.
Kebiasaannya yang bersikap begini tidak mahu dan malu untuk merujuk ilmu dan berpandukan akal yang dipandu oleh nafsu. Yang anehnya, golongan ini boleh menjadi popular dan diterima oleh ramai, bukan kerana kehebatannya mengungkap dan mengurai permasalahan tetapi lebih kepada kehebatan mengeksploitasi permasalahan...
Di zaman para tabi'in sudah berlaku kisah sebeginian... bukan ulama' kecil, ulama'-ulama besar seperti Imam Shafie pun diperlekehkan sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegini :
"Nasihati aku di kala kita hanya berdua,jangan meluruskan aku di tengah orang ramai. Sebab nasihat di depan banyak manusia, terasa bagai hinaan yang membuat hatiku terluka."
Saya bukannya orang yang pandai mengajar, tidak pula banyak belajar tetapi memang tidak mahu jadi orang yang kurang ajar... Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment