Wednesday, October 16, 2013

Menyuntik kefahaman tentang satu hakikat


"Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka tidak mengetahui hakikat Islam" (At-Tawbah, 5)

Bermula denga kisah Alvin dan Vivian yang dikatakan tidak sensitif berkenaan ramadhan apabila memberikan ucapan ramadhan dengan sup tulang babi, kemudian kita digemparkan pula dengan kisah penjaga anjing yang diwudukkan dan dijamu dengan kuih raya... yang peliknya si penjaga anjing tu rupanya seorang Muslim.

Di Sabah baru-baru ini lain pula kisahnya, seorang mufti telah mengeluarkan satu kenyataan yang tujuannya murni untuk menyatukan umat Islam di negeri ini dengan mencadangkan etnik-etnik Islam yang ada di negeri ini disatukan sebagai rumpun "melayu". Ini menimbulkan kemarahan umat Islam dan juga penganut-penganut Kristian dalam etnik yang terlibat.

Saya tidak mampu untuk memberi komen untuk isu ini atas keterbatasan ilmu yang ada pada saya. Pandangan saya yang langsung tidak berkaitan dengan isu ini hanya bertumpu kepada penggunaan penghujahan akademia ditimbal balas dengan penghujahan akademia. Dan, berilah penghormatan yang sewajarnya kepada institusi mufti.
 
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah dalam bible masih belum selesai tetapi masih panas didebatkan; saya juga tidak mahu memberi komen tentang isu ini atas keterbatasan ilmu yang ada pada saya.
 
Kepada rakan yang bertanya pandangan saya, saya akan menjawab sedalam manakah kefahaman saudara/i tentang isu ini dan apa latar yang ada untuk saudara/i memilih kepada sebelah pihak saja... dan, kenapa menjadi neutral bukan satu pilihan?
 
Kadang2 kita terkesan dan terkejut apabila ada di kalangan bukan Islam yang dikatakan cuba untuk menghina Islam. Walhal kita lupa bahawa kitalah imej Islam itu yang sebenarnya. Apa yang kita bawa, itulah Islam yang didefinisikan oleh orang luar.
 
Islam yang sentiasa dalam keadaan suci ini diibaratkan cermin oleh Prof Syed Naquib al-Attas, yang mengkaburkan dan menggelapkannya ialah umat Islam sendiri.
 
Ayat yang di atas amat jelas meletakkan tanggungjawab kepada umat Islam sendiri untuk membersihkan persepsi orang luar terhadap Islam. - menyuntik kefahaman tentang satu hakikat itu.

No comments:

Post a Comment