Semalam peminat-peminat bolasepak disajikan dengan perlawanan tradisi antara Manchester United dan Liverpool. Perlawanan yang ditunggu-tunggu setiap musim Liga Perdana Inggeris... Di kalangan peminat-peminat kedua-dua pasukan, perlawanan ini adalah perlawanan yang dinanti-nantikan dan dijadikan ukuran prestasi pasukan sepanjang perlawanan liga semusim itu.
Bagi yang kurang dan tidak berminat dengan liga perdana Inggeris atau mana-mana perlawanan bola pun, kejadian/peristiwa malam tadi sudah tentunya tidak memiliki apa-apa makna.
Rumusan kepada kejadian/peristiwa malam tadi ini boleh disimpulkan kepada beberapa pencambahan minda yang boleh dikongsikan :-
1) Perlunya memberi nilai kepada sesuatu untuk memberikannya makna
2) Pengurusan sesuatu perkara perlukan profesionalisme dan pengurusan pentadbiran yang cekap
Dalam dunia hari ini yang berteraskan kepada budaya populariti dan "mee segera", inilah contoh yang sangat relevan bahawa memberi nilai kepada satu akan menghasilkan makna. Liga Perdana Inggeris telah mencipta nilai (adding values) kepada liga popular mereka ini dan menjadi ikutan kepada generasi-generasi "Baby Boomers", X, dan Y.
Nilai yang dicipta itu adalah secara luaran dan dalaman...
Dari segi luarannya, walaupun ada orang yang berkata Liga Inggeris ini tidakah sehebat mana kerana ada liga lain yang lebih baik seperti Liga Sepanyol dan Liga Itali tetapi Liga Inggeris telah meletakkan nilainya di atas melalui promosi, keunikan dan ciri-ciri khasnya. Ini adalah hasil usaha beberapa dekad ini mereka menjadikan liga bolasepak sebagai sebuah industri.
Dari segi dalamannya, Liga Inggeris juga telah menggerakkan golongan muda bukan saja untuk terus meminati pasukan dan liga ini malah menghasilkan golongan pelapis yang serius untuk mengisi sebagai pemain, pekerja dan penykong tegar. Semasa saya belajar dulu, ada seorang kanak-kanak Inggeris yang namanya Gary dan selalu bermain bola di Trafford Park bersama saya dan rakan-rakan. Gary ni sanggup buat apa saja untuk menjadi pemain terbaik termasuklah meminta rakan saya, Zaki (ketua pasukan kami yang pernah berlatih dengan pasukan negeri Selangor) untuk menjadi jurulatihnya.
Saya ingin memetik berita yang berjudul "Pengurus pasukan bola sepak perlu bertindak sebagai CEO: Ahmad Shabery" (Berita Harian : 13/01/2013);
Saya ingin memetik berita yang berjudul "Pengurus pasukan bola sepak perlu bertindak sebagai CEO: Ahmad Shabery" (Berita Harian : 13/01/2013);
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu setiap pengurus pasukan bola sepak di negara ini lebih cekap menguruskan setiap pemain serta bijak menyusun strategi untuk penjenamaan semula pasukan masing-masing.
Beliau berkata, dalam arena pengurusan bola sepak moden hari ini setiap pengurus pasukan perlu bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang merancang strategi pasukan yang diterajuinya.
"Dalam pengurusan bola sepak moden, kita tidak boleh lagi menggunakan pengurusan cara lama, kalau dulu mungkin pengurus hanya membuat pengurusan dari aspek tiket perjalanan dan keperluan logistik semata, tetapi hari ini persepsi begitu perlu berubah.
"Pengurus pasukan mesti bertindak sebagai seorang CEO, melihat setiap pemain adalah aset yang besar dan mempunyai matlamat bagaimana membantu meningkatkan prestasi pasukan dari segi penjenamaan semula," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perpindahan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Negara 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Johor Darul Takzim.
Kita cuba bandingkan pasukan bolasepak negara kita dengan team EPL yang memiliki stadium sendiri dengan produk-produk sampingan lain seperti "Megastore", Lawatan ke Stadium malah membina ikon-ikon bolasepak yang bukan sahaja diminati oleh kaum Adam tetapi juga di kalangan kaum Hawa. Bukan sukan bolasepak sahaja, malah sukan popular di Amerika Syarikat seperti American Football juga ke arah ini seperti yang ditunujkkan dalam filem "Any Given Sunday" lakonan al-Pacino. Mereka berlumba-lumba mencari keuntungan/pendapatan, menyiapkan dokumentasi kontrak yang mantap selain menguruskan pasukan secara menyeluruh, A to Z.
Liga Bolasepak Malaysia dan apa-apa juga sukan di Malaysia perlu bergerak ke arah ini...
Liga Bolasepak Malaysia dan apa-apa juga sukan di Malaysia perlu bergerak ke arah ini...
No comments:
Post a Comment