Kisah-kisah sebegini muncul apabila adanya kelompangan dalam penyampaian kepada golongan-golongan yang memerlukan; apabila ada kanak-kanak yang kelaparan, apabila golongan petani yang menghadapi masalah tidak dibantu, apabila madrasah-madrasah menghadapi perbelanjaan pemgurusan dan apabila ada keperluan urusan-urusan pengairan di sesuatu daerah. Golongan-golongan penyamun ini muncul di tengah-tengah keadaan pemerintahan yang zalim atau adanya si kaya yang enggan mengeluarkan zakat mahupun pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai yang mengkhianati amanah mereka.
Di zaman kita hari ini, perkara-perkara begini tidak mustahil masih berlaku... mungkin watak penyamun sebegini tidak ada tetapi ada watak-watak lain seperti Che Guvera atau dalam bentuk persatuan/kesatuan.
Di dalam sebuah negara demokratik pula, akan wujud parti-parti politik yang berasaskan ideologi sosialis dan kerakyatan juga berlatarbelakangkan buruh. Ada juga yang bertemakan keadilan... sementara yang lain, menggabungkannya dengan pembangunan mahupun kebebasan.
Kebaikan yang terlahir daripada dinamika demokrasi ini menyebabkan ada juga parti-parti sedia ada yang berteraskan nasionalis, konservatif dan keagamaan mengadaptasikan keperluan perubahan ini. Ini adalah perkembangan positif dan respon pantas bagi menangani keperluan rakyat yang dahagakan keadilan dan kesaksaman di semua kelas masyarakat.
Sistem perekonomian yang mengamalkan sistem kapitalis secara total juga turut berubah sealiran dengan perubahan politik. Sistem kapitalis yang sebelum ini menyokong sepenuhnya tradisi sistem politik "ruler is a rule" / pemimpin adalah undang-undang, mengadaptasikan sistem ekonomi yang turut mengisi keperluan golongan kelas bawahan dan kelas menengah. Seperti yang dikatakan oleh Sarkozy, "we have to moralize capitalism" (Kita mesti memoralkan kapitalisme). Bagaimana caranya? Mengagihkan keuntungan dan kekayaan melalui projek-projek kemasyarakatan? Memberikan bantuan kewangan kepada golongan terpinggir? Membantu kerajaan memberikan subsidi kepada barang-barang keperluan asas?
Teorinya jelas, pelaksanaannya masih dalam pemerhatian dan di Malaysia, akan diukur dalam PRU ke-13 nanti.
Reinhold Niebuhr (1892-1971) dalam bukunya The Children of Light and the Children of Darkness, menukilkan tentang demokrasi, iaitu:
“Man’s capacity for justice makes democracy possible, but man’s inclination to injustice makes democracy necesssary”
(Kemampuan manusia terhadap keadilan menjadikan demokrasi suatu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia terhadap kezaliman menjadikan demokrasi satu tanggungjawab)
Seperti yang saya pernah kongsikan dalam entri yang sebelum ini yang bertajuk pemerntahan dan populariti, demokrasi adalah pertandingan untuk popular. Kedua-dua belah pihak akan melakukan apa-apa saja untuk mendapat sokongan dan undi di pilihanraya nanti.
Saya bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Prof Madya Saharuddin Badarudin di The Malaysian Insider,
"...the most significant impact of the polls would rest on how the rally sways the fence-sitters and not the hardcore supporters of either PR or the ruling Barisan Nasional (BN).“If attendance is big, certainly the impact is good for PR. But most important is what it does to the fence-sitters,”
(...kesan besar yang dapat memberi impak kepada pilihanraya bergantung kepada bagaimana himpunan pada 12/01 ini menarik pengundi atas pagar dan bukannya pendukung dan penyokong tegar PR mahupun pemerintah Barisan Nasional (BN). Sekiranya kehadiran adalah besar, sudah tentulah impak ini baik untuk PR. Tetapi, yang lebih utama ialah apa himpunan ini boleh buat kepada pengudi atas pagar".
Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk negara yang saya cintai ini... Malaysia Tanah airku!
No comments:
Post a Comment