Yang mana baik? Dua-dua pun baik sebenarnya. Secara peribadi, menjadi insan yang baik adalah lebih besar dan mendalam skopnya... Membuat kebaikan bukanlah terdorong oleh tuntutan undang-undang mahupun peraturan-peraturan yang ditetapkan. Insan yang baik akan melahirkan individu yang memahami tanggungjawab sebagai seorang manusia (insan).
Seorang insan yang baik tidak akan melanggar lampu merah semasa tiada kenderaan lain atau polis trafik.
Seorang insan yang baik tidak akan melanggar peraturan negara jiran semasa berada di negara jirannya.
Seorang warganegara yang baik mungkin tergamak melakukan perlanggaran ini...
Saya pernah berkongsi pentas forum dengan seorang pastor/paderi beragama Kristian yang sama memperjuangkan nilai-nilai keinsanan yang baik dan menceritakan kisah benar seorang warga negara Amerika... warga Amerika itu ialah seorang yang dilihat oleh jiran-jiran dan rakan memiliki keperibadian yang baik, seorang guru yang berdedikasi, seorang ahli kejiranan masyarakat yang sangat perihatin dan seorang warga sivik yang tidak memiliki rekod jenayah, hanya sekadar beberapa saman traffik. Rupa-rupanya, selama 15 tahun beliau tinggal dan menetap di kawasan kejiranan tersebut, beliau adalah seorang perogol dan pembunuh bersiri yang melakukan jenayah itu di kawasan kejiranan yang lain. Beliau telah membina persepsi yang baik sebagai seorang warganegara Amerika tetapi rupanya gagal membina kekuatan dalaman diri, melakukan kejahatan di ruang-ruang buta yang boleh dilihat oleh masyarakat sekitarnya.
Atas maksud itu jugalah pembinaan insan yang baik adalah merupakan matlamat asas pendidikan dalam Islam. Seorang Muslim perlu mempunyai keperibadian luhur yang berteraskan aqidah dan taqwa.
Tetapi, bolehkah matamat pendidikan ini tercapai dengan sistem pendidikan yang ada sekarang?
Tanggungjawab siapa? Guru? Sekolah? Murid2? Ibu bapa? Persatuan Ibu bapa dan Guru? Pemimpin?
Tanggungjawab siapa? Guru? Sekolah? Murid2? Ibu bapa? Persatuan Ibu bapa dan Guru? Pemimpin?
Asasnya, matlamat menjadikan insan ini perlu sampai kepada pemahaman murid-murid... Mereka mesti memahami apakah tujuan dan matlamat pendidikan serta cita-cita kehidupan; menjadi seorang guru dan insan yang baik, menjadi seorang doktor dan insan yang baik, menjadi seorang pemimpin dan insan yang baik...
Akhir sekali, saya suka memetik satu kata-kata kemanusiaan yang sangat indah daripada Shakespeare dalam Hamlet:
“What a piece of work is a man! How noble in reason! How infinite in faculty! In form, in moving, how express and admirable! In action how like an angel! In apprehension how like a god! The beauty of the world! The paragon of animal!”
(“Alangkah sempurnanya manusia! Begitu mulia pemikirannya! Kemampuannya tanpa batas! Dalam bentuk, dalam gerak, penuh perasaan dan mengkagumkan! Bergerak sebagai malaikat! Memahami sebagai dewa! Penghias alam! Kemuncak di antara makhluk!”)
Nabi Muhammad SAW selalu mengingatkan kita akan maksud dan makna doa yang selalu kita ucapkan. Contohnya, kita ambillah doa melihat cermin... kita bukan sekadar mahukan wajah yang cantik dan indah tetapi mengenang dan mensyukuri kejadian kita yang diciptakan oleh Allah dan meminta kita menjadi umat Islam yang bermanfaat.
No comments:
Post a Comment