Wednesday, January 9, 2013

Pemerintahan dan Populariti


Di zaman pemerintahan Romawi, salah satu sukan yang sangat popular di kalangan penduduk Rom pada masa itu ialah sukan Gladiator. Sesiapa yang pernah melihat wayang gambar 'Gladiator' akan terbayang-bayang keadaan pada masa itu.
 
Kerajaan Rom adalah pelopor kepada sistem politik demokrasi yang bertunjangkan kepada rakyat (atau suara rakyat). Idea-idea demokrasi dan hidup makmur secara bermasyarakat dan teratur (civil society) ini adalah cetusan pemaknaan demokrasi oleh ahli-ahli falsafah terkenal di zaman itu. Di dalam bukunya tentang politik, Socrates pernah menulis sajak ini :
 
"Dunia adalah kebun yang mana pagarnya adalah kerajaan,
Sesebuah kerajaan itu adalah kekuasaan yang mana hidup ini dikawali oleh tingkah laku yang sopan,
Tingkah laku yang baik adalah dasar yang diatur oleh seorang raja,
Raja adalah sebuah institusi yang diperkuatkan oleh sokongan tentera,
Tentera adalah pembantu-pembantu yang diselenggarakan dengan wang,
Wang adalah kekuatan yang dikumpulkan oleh rakyat,
Rakyat adalah hamba yang dilindungi oleh keadilan;
Keadilan adalah sesuatu yang akrab dan melahirnya, dunia ini dapat ditegakkan"
 
Rakyat Romawi di masa itu mengukur prestasi pemerintahan menerusi "keadilan" yang mereka terima dan rasakan. Maka dengan itulah, kerajaan Romawi, selain mewujudkan sistem politik demokrasi yang berbentuk sistem parlimen hari ini, juga mencari kaedah untuk mewujudkan suasana "adil" itu. Kaedah politik demokrasi akan diukur dengan pemerimaan rakyat; yang juga adalah ukuran kepada populariti.
 
Salah satu daripada kaedah ukuran populariti untuk kerajaan yang memerintah adalah dengan mengukur "mood" dan kehadiran rakyat Rom di gelanggan-gelanggang sukan gladiator ini... Adakah rakyat datang dengan "mood" yang sedih? gembira? suka? marah? dan berapa ramai rakyat yang sanggup hadir untuk bersama-sama pemimpin negara yang akan meluangkan masa untuk bertemu rakyat pada masa itu.
 
Walaupun kaedah dan pelaksanaan yang berlainan, tujuan mencari populariti atau pengukuran penerimaan adalah sama dari zaman ke zaman selama mana sistem politik demokrasi diamalkan. Seorang pemimpin akan terus mencari dan mencari serta mengukur kepercayaan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi daripada orang-orang yang dipimpinnya...
 
Suasana politik di Malaysia juga tidak lepas daripada proses mencari populariti atau pengukuran penerimaan; tidak kiralah daripada pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang.

Kita berhak memilih tetapi pilihlah dengan kekuatan ilmu pengetahuan....
 

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (albaqarah:  216)

No comments:

Post a Comment