Wednesday, January 16, 2013

Dua dunia...

Sekali sekala menaiki kapalterbang MAS memang menyeronokkan... Bermula dengan keadaan lapangan yang luas, selesa, lebih cantik dan kelihatan mewah. Dengan adanya makanan percuma (untuk penerbangan lebih sejam), caj bagasi yang memang sedia ada dan lebih fleksibel membuatkan perjalanan terasa lebih relaks dan menenangkan fikiran.

Tetapi, dari segi layanan 'plastik' pramugara dan pramugarinya, kadang-kadang menjengkelkan lebih daripada memuaskan walaupun banyak servis dan pemintaan kita dapat dilayani melainkan apabila menaiki Airasia, segala yang tambahan ada cajnya...

Oleh kerana sering menaiki Airasia sejak beberapa tahun ini kerana faktor kosnya, saya kurang mengikuti perkembangan Malaysia Airlines ni dari segi pencapaiannya (kewangan dan perkhidmatan). Dahulunya, kita sangat teruja dan tumpang bangga dengan kehebatannya memenangi banyak anugerah dan pujian antarabangsa sebagai syarikat penerbangan yang terbaik di dunia.

Agaknya, Airasia telah 'mencuri' bintang Malaysia Airlines...

Memiliki sebuah syarikat penerbangan yang kuat, megah dan berprestij adalah penting untuk sebuah negara kerana syarikat penerbangan adalah duta tidak resmi semasa berada di luar negara.
Malaysia Airlines telah membuktikan sekian lama kehebatan Malaysia dengan keunikan dan perkhidmatan yang mengagumkan. Airasia berkembang dan diberikan anugerah atas kehebatan pengurusan dan pentadbiran perniagaannya tetapi tidak pada servisnya. Ada rakan-rakan dari Indonesia dan Kemboja yang tidak begitu gembira dan berkata yang Airasia ini bukannya 'memberikan perkhidmatan' tetapi 'pemaksaan kepada perkhidmatan'. Saya tidak begitu faham akan maksudnya, tetapi kenyataannya bahawa servis Airasia tidak disenangi walaupun dilanggani.

Satu yang pelik semasa menonton perlawanan antara QPR dan Tottenham Hotspurs, iklan Airasia kini berbahasa Indonesia, atau mata saya yang silap, agaknya...

No comments:

Post a Comment