Sunday, January 20, 2013

Buat Baik dibalas baik

Saya masih ingat kisah seorang pemburu dan seekor harimau di zaman pemerintahan Rom.

Sekadar memendekkan cerita, sang harimau yang pernah dibebaskan oleh sang pemburu itu tidak membaham sang pemburu yang diletakkan bersama dalam pentas gladiator... kisah ini adalah kisah teladan yang baik untuk dikongsikan bersama tentang perlunya kita berbuat baik; kepada manusia, binatang dan kepada alam.

Alam pun pandai membalas kebejatan manusia, lihatlah apa yang berlaku di Setiawangsa. Ucapan takziah kepada yang ditimpa kemalangan disebabkan tanah runtuh tersebut...

Kehidupan di dunia ini banyak pengajarannya dan kita tidak perlu menjadi manusia yang pakar untuk memahaminya.

Perbezaannya ialah sama ada kita mahu menyedari dan menginsafinya atau tidak.

Jadilah manusia yang baik dengan memberikan kebaikan kepada alam ini dan seisinya.

No comments:

Post a Comment