Seorang Falsafah Greek yang terkenal, Seneca pernah berkata,
"As long as you live, keep learning how to live” / "Selagi hidup, belajarlah untuk hidup"
"As long as you live, keep learning how to live” / "Selagi hidup, belajarlah untuk hidup"
Zaman sudah berubah..... cabaran pun semakin bertambah (sebenarnya idealisme perjuangan tidak pernah berubah walau sedikitpun).
Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.
Penghakisan budaya dan jatidiri bangsa semakin rancak berjalan dengan berjenamakan gerakan pembaratan (westernization), penyatuan budaya (homogenization of culture), hedonistic gaya hidup permisif dan sensasi dunia selain Westernisasi membawa budaya konsumerisme yang menjadi “new religion of the market.”
Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius.
Arus deras materialisme, liberalisme, sekularisme dan hedonisme yang melanda negara kita hari ini nampaknya telah menenggelamkan nilai-nilai makruf, akhlak mulia dan jati diri sebagai seorang Muslim dan warga timur yang selama ini mempunyai norma-norma adab yang tinggi. Inilah agaknya harga yang terpaksa kita bayar atas kealpaan kita menerima semahu-mahunya segala bentuk budaya, pemikiran dan hiburan yang saban hari disogokkan kepada kita.
Pemikir Islam ulung, Malik Bennabi (m.1973M) dalam bukunya Shurut al-Nahdhah (Syarat-syarat Kebangkitan) mengingatkan kita bahawa Barat dan musuh-musuh Islam tidak akan berasa bangga hanya kerana umat Islam memakai pakaian mereka; kot, tali leher, skirt, blaus atau denim (jeans). Barat tidak akan berpuas hati jika umat Islam hanya fasih bertutur bahasa ibunda mereka. Tetapi Barat lebih bangga dan gembira jika umat Islam meninggalkan cara hidup Islam dan mengikuti budaya serta mengamalkan cara hidup mereka.
Potensi dan kualiti insan dapat dikembangkan apabila kita sendiri mengenali asal usul penciptaan manusia dan elemen atau unsur yang membentuk makhluk yang bernama insan itu. Jika kita meminjam sudut pandangan al-Quran dalam usaha mengenali hakikat sebenar diri manusia, maka kita dikhabarkan dengan kenyataan melalui firman-Nya yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, ditiupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Surah al-Hijr: 28-29)
Al-Ghazzali menggunakan keempat-empat istilah ini iaitu roh, kalbu, jiwa dan akal seolah-olah boleh ditukar ganti antara satu sama lain, di mana keempat-empatnya merujuk kepada apa yang diungkapkan oleh al-Ghazzali sebagai bersifat "latifah rabbaniyyah ruhaniyyah", yang terdapat di dalam diri manusia dan merupakan jati diri, intipati atau hakikat sejati diri manusia.
Menurut al-Ghazzali lagi, aspek kerohanian yang istimewa inilah yang menyebabkan manusia ditaklifkan sebagai khalifah untuk melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Pada prinsipnya, unsur non-material yang menghidupkan jasad manusia itu, di samping merupakan hakikat jati diri hakiki manusia, adalah juga berfungsi memberikan ciri kehebatan serta keunggulan manusia berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada malaikat, jin, syaitan, tumbuh-tumbuhan atau binatang.
Menurut al-Ghazzali lagi, aspek kerohanian yang istimewa inilah yang menyebabkan manusia ditaklifkan sebagai khalifah untuk melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Pada prinsipnya, unsur non-material yang menghidupkan jasad manusia itu, di samping merupakan hakikat jati diri hakiki manusia, adalah juga berfungsi memberikan ciri kehebatan serta keunggulan manusia berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada malaikat, jin, syaitan, tumbuh-tumbuhan atau binatang.
Memetik tulisan Dr. Muhammad al-Bahi (Islam Dilitupi Awan Mendung, 1979: 16-17), beliau menyatakan bahawa "kerohanian adalah intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya". Kerohanian bukan sesuatu yang ditampal pada diri manusia atau yang terasing bagi manusia, kerana apabila kerohanian itu menjadi intisari manusia, maka kerohanian merupakan pusat hidup manusia dan pusat segala kegiatannya. Justeru itu, dalam konteks ini wajarlah difahami secara tepat bahawa aspek material atau jasad (fizikal) manusia itu dijadikan hanya sebagai tunggangan kepada roh, bermaksud bahawa tubuh badan itu dijadikan untuk kepentingan roh dan bukan sebaliknya.
Apabila persoalan jati diri ini dikaitkan dengan belia hari ini, maka perlu kita sedari, tanpa kekuatan rohani yang ampuh, Negara akan hanya maju dengan bangunan-bangunan tinggi atau binaan-binaan yang gah dan hebat tetapi hakikatnya didiami oleh insan-insan yang mati hati, muflis akhlak, bankrap jiwa serta pudar nilai keinsanannya. Masyarakat perlu segera menyedari bahawa keutuhan rohani dan keunggulan jati diri sebagai Warganegara baik yang diintegrasikan dengan kekuatan fizikal akan berpotensi menjana ummah hadhari yang berkualiti, dirahmati dan dihormati.
"Bila ada cahaya dalam jiwa, maka akan hadir kecantikan dalam diri seseorang. Bila ada kecantikan dalam diri seseorang, akan hadir keharmonisan dalam rumah tangga. Bila ada keharmonisan dalam rumah tangga, akan hadir ketertiban dalam negara. Dan bila ada ketertiban dalam negara, akan hadir kedamaian di dunia." - Pepatah Cina
Apabila kita kembali kepada soalan pokok remaja hari ini, masa senggang mereka adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan rapi dan teliti. Program-program dan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana jatidiri warga yang baik adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.
"Pemuzik harus menciptakan muzik. Pelukis harus menggoreskan lukisannya. Penyair harus menulis sajaknya. Mereka harus melakukannya agar mencapai puncak kedamaian dalam diri mereka sendiri. Seseorang harus menjadi apa yang mereka bisa jadi." - Abraham Maslow
Bagi kita sang pejuang...
Kita jangan terlalu melatah dengan apa yang berlaku dalam dunia tanpa batasan kerana perubahan ini tidaklah berbentuk qadim dan akan terus berubah. Mempertahankan jatidiri dan idealisme diri adalah perjuangan yang lebih penting. Perlukan kita mengorbankan segala yang baik, beradab dan teratur selama ini, semata-mata untuk memenuhi keperluan dan trend semasa?
No comments:
Post a Comment