Monday, April 12, 2010

Hati

Alhamdulillah, dengan kebesaranNya dan limpah rahmatNya masih lagi aku dapat menulis sesuatu di dalam blog ini. Blog ini yang berperanan sebagai diari yang menyuratkan beberapa perkara yang tersirat di dalam hatiku.

Di dalam keadaan hati yang tidak beberapa tenteram beberapa minggu ini aku memfokuskan topik bacaanku kepada buku-buku dan bahan-bahan bacaan tentang hati. Pemfokusan pembacaanku kali ini bersesuaian dengan Hadis Nabi Muhammad SAW :

“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosaklah seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah HATI.” (Hadis Riwayat Ahmad

Di kalangan para daí (pendakwah) terdapat 7 penyakit hati yang perlu dijaga dan dirawat (jika ada)... MasyaAllah, mampukah aku menggelar diriku ini seorang Daí?

1. Adakakah aku suka membanggakan diri (Ujub)?
2. Berapa kerapkah aku terpedaya oleh perasaan sendiri (al-Ghurur)
3. Adakah aku sombong atau bongkak (Takabbur)
4. Adakah ak ini suka menunjuk-nunjuk (ar-Riya’)
5. Selalu buruk sangka (su’al-Zan) kah aku?
6. Adakah aku ini Bakhil (al-syuhh)?
7. Berapa banyak dendam (al-hiqd) yang kusimpan terhadap sesama makhluk?

Kadang-kadang aku menjadi keliru dan hairan...

Apa yang sebenarnya ingin kucari?

Hati yang tenteram kerana Allah, Cinta kepada Allah (Mahabbah), Taqarrub kepada Allah....

Dari sebuah buku yang pernah kubaca, aku tuliskan semula di dalam diariku untuk dituturkan dalam mana-mana ruang tazkirah dan kadang-kadang aku suka menghiburkan diriku dengan bait-bait indah dari puisi yang tazkir ini :

Ketenteraman dengan Allah tidak sia-sia
Yang menemukannya tidak diliputi khayalan
Orang-orang agunglah yang cinta kepadaNya
Yang bermukim di keindahan
Semuanya, dalam kelembutan dan kasih lembayung Allah


Tetapi, kenapa aku masih mencari ketenteraman dengan yang selainNya, mencari cinta sementara sehingga melalaikanNya dan menjauhkan diri daripadaNya pabila dibuai nafsu dan gelora dunia semata.

Aku terasa amat jauh untuk mencapai kebahagiaan hakiki diri ini di kesempatan yang sangat sedikit dan terbatas ini....

Ya Muqallibal Qulub, tsabit Qulub a’la dinik wa a’la tho atik.
Wahai Pembolak-balik hati, tetapkan hatiku ini kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu.
Amin!

No comments:

Post a Comment