Tuesday, March 2, 2010

Istidraj

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Ankabut : 2-5)

Kebetulan selepas Subuh tadi aku membaca ayat ini... Dalam aku melihat keadaan diriku yang menjalani kehidupan mudah, senang dan serba cukup, sebaliknya kurasakan diri insaniku ni amat dhaif dan lemah sekali. Adakah kesenangan dan kemudahan yang diberikan kepadaku ini sebagai satu istidraj ? KERANA belum banyak jasa dan kebaktianku, belum cukup amalanku, belum cukup pengorbananku, belum cukup amal jariahku, belum cukup kebajikanku, belum cukup, belum banyak dan belum cukup...

Selain daripada ayat yang di atas yang menuntut kita sebagai seorang hamba untuk mengorbankan diri, jiwa dan raga, Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsirnya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam dalam membicarakan istidraj ini. Antaranya:-

Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman : Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".

Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra (Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman (maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) : Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]

Istidraj : Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.

Adakah nikmat yang diberikan kepadaku selama ini adalah istidraj?
Adakah aku tergolong sebagai orang yang beriman?
Bila masa pula aku diuji?
Adakah perjalanan hidupku beranjau?
Susah atau senangkah perjalanan ibadat dan dakwahku?

Aku mesti ingat setiap sesuatu itu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya supaya aku menjadi insan yang lebih sabar, berilmu dan beriman.

Aku mesti ingat setiap sesuatu itu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya untuk mematangkan kita dan tidak bertindak secara emosi membabi buta.

Aku mesti ingat setiap sesuatu itu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya untuk memberikan kita kekuatan dalam menjalankan tugas sebagi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

"Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

No comments:

Post a Comment