(Towards Thinking Organisation / Ke arah organisasi yang berfikir)
“Dogma masa lampau yang sunyi tidak mencakupi untuk keadaan semasa yang meributkan. Yang berlaku masakini ditimbuni dengan kesusahan demi kesusahan, dan kita mesti bangkit. Situasi kita adalah situasi baru, oleh itu kita mesti berfikir dan bertindak untuk sesuatu yang baru.”
Abraham Lincoln
Prof Dr. Samsudin A. Rahim, mantan Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia selalu menggesa pertubuhan belia hari ini melakukan perubahan ke arah organisasi yang berfikir (thinking organization).
Apakah sebenarnya thinking organization itu?
Prof Dr. Samsudin A. Rahim telah menetapkan bahawa sebuah organisasi yang berfikir itu adalah :
- Organisasi yang perlu membuat adaptasi kepada perubahan dalam persekitaran.
- Organisasi yang kreatif dan inovatif untuk menangani perubahan.
- Staf sebuah organisasi yang mengambil inisiatif, berfikir, berbincang, mendengar sesama mereka.
- Organisasi yang mencuba perkara baru dan menguji alternatif konstruktif
Sebagai satu proses dalam membentuk sebuah organisasi berfikir, menangani perubahan dengan mencari alternatif yang lebih baik adalah satu tuntutan yang penting. Di dalam al-Quran, ada sepotong ayat daripada surah al-Ra‘d, ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri."
Ayat tersebut dijadikan rujukan dan ditafsirkan oleh rangkaian pengarang buku Revolusi Mental sebagai membawa maksud ‘perubahan demi kebaikan'. Maka ayat tersebut sesungguhnya membawa erti bahawa semua yang terkandung dalam alam semesta diciptakan Allah s.w.t. mengikut fitrah yang baik lagi sempurna. Sekiranya ciptaanNya diubah menjadi batil dan buruk, ini adalah perbuatan manusia semata mata.
Cabaran sebenar yang mesti hadapi ialah untuk bertindak balas dengan cepat dan bijaksana dalam menghasilkan suatu proses yang strategik. Realiti hari ini kita selalu melihat sesuatu organisasi seringkali terjadi stagnan yang disebabkan keengganan manusia untuk mengikuti perubahan, dimana perubahan dianggap boleh menyebabkan ketidakseimbangan. Hal ini mengakibatkan patologi dalam organisasi sehingga perlu dilakukan proses kejuruteraan semula yang melibatkan evaluasi, adaptasi, kaderisasi dan inovasi.
“Sesuatu proses itu strategik apabila melibatkan pilihan terbaik untuk bertindak-balas terhadap keadaan persekitaran yang dinamik dan persekitaran yang kadang-kadang kurang menyenangkan. Untuk dianggap strategik perlu kepastian tentang pilihan-pilihan dan penglibatan penuh terhadap satu set tindak balas (dan tidak) kepada yang lain.”
(Allison & Kaye 1997)
Bila berbicara berkenaan kejuruteraan pasti kita tak boleh memisahkannya dengan penyelidikan dan pembangunan. Hasil penyelidikan dan pembangunan maka terhasillah rekabentuk terbaru. Lantas pabila konsep ini dikaitkan dengan realiti organisasi belia pada masakini, maka wujudnya satu keperluan untuk menjenama semulakan (atau yang seumpamanya) pertubuhan-pertubuhan belia agar dapat diterima baik masyarakat terutamanya golongan belia dan remaja.
Penjenamaan semula bukan sepatutnya sekadar pengenalan sebuah logo baru, malah tidak sepatutnya ia hanya cukup dengan pengenalan motto atau cogankata yang menarik semata-mata. Pengisian yang mempunyai makna yang sebenarnya perlu diberikan perhatian mendalam agar ia mempunyai nilai estetik yang lebih tinggi. Agenda perubahan dalam membentuk sebuah organisasi yang berfikir masih beratus, ribu batu lagi jauhnya tetapi usaha mesti tetap diteruskan.
Akhir sekali, tanyalah soalan-soalan di bawah ini sekiranya kita ingin mengetahui adakah organisasi kita sebuah organisasi berfikir?
- Bagaimana bijaknya organisasi kita?
- Bagaimana pengurusan sumber organisasinya?
- Bagaimana organisasi kita berimiginasi?
- Efektifkah penyelesaian masalah kita?
- Berapa banyak potensi yang organisasi kita gagal untuk mengambil peluang pada cabaran-cabaran semasa?
Gandhi pernah berkata, "We need to be the change we wish to see in the world".
No comments:
Post a Comment