Wednesday, June 10, 2009

Persinggahan di Bahrain

Negara mana yang banjir dulu baru hujan? Bahrain

Bah… rain. Kalau urang Sabah cakap, lebih kurang maksudnya : hujan sudah!
Secara jujurnya, kerana transit di negara inilah baru saya tahu yang negara Bahrain ni hanyalah sebuah pulau. Pulaunya kecil saja, lebih kurang keluasan pulau Singapura…. boleh tanya lebai google dulu untuk lebih kepastian.

Pengalaman awal berurusan dengan orang Arab ni lebih kurang macam nilah :-
  • Orang Arab ni agak sombong sikit.
  • Orang Arab ni agak lembab (mungkin malas) sikit.
  • Orang Arab ni ada sikit kurang ajar
  • Orang Arab ni banyak songehnya…

Kembali kepada cerita Bahrain;
  • Bahrain ni macam negeri Arab lain di timur tengah memang boleh tahan panasnya. Saya sempat jalan awal pagi dan kebahangan sudah amat terasa dan pada petang sehari sebelum tu, kepanasannya pula datang dari bawah… Huh.
  • Bahrain ni dikurniakan oleh Allah SWT dengan kekayaan minyak yang melimpah ruah.
  • Bahrain ni ramai pendatang Bangladesh dan Filipina. Di lapangan terbang pun sudah boleh dilihat senario ini. Masa jalan-jalan di Bandar ni, bukan rasanya berjalan di sebuah negara Arab dan bahasa yang dituturkan pun bukan bahasa Arab.
  • Duit Bahrain memang tinggi – 1 Dinar sama dengan RM10. Jadi, kalau mau belanja tu memang berfikir 20,000 kali.
  • Bangunan-bangunan di Bahrain amat gah menunjukkan kemewahan dan kegagahan negaranya. Jalan-jalanrayanya pun berkeadaan sangat baik tetapi agak lengang dan kereta yang menelurusinya “kaw-kaw” semuanya.
  • Kehidupan Pak Arab di Bahrain ni amat sunyi pada masa siangnya... panas, agaknya
  • Kegemaran Pak Arab di Bahrain lepak-lepak minum teh sambil main catur/dam.
  • Kehidupan Pak Arab ni agak meriah di waktu malam. Pukul 3 pagi pun masih lagi ‘happening” dekat hotel tempat saya tinggal.
  • Negara Bahrain ni macam cuba tiru Malaysia lah… ada Bahrain World Trade Centre (BWTC) dan F1.Yang pastinya, orang Arab Bahrain tidak tahu motto negara mereka; “Business Friendly Country”. Hehehe

No comments:

Post a Comment