Sesampai di lapangan terbang Istanbul, ada rasa macam berada di KLIA ataupun lapangan terbang Shanghai, amat terasa ke”kelasan” lapangan terbang ni. Yang buat saya kagum lebih sikit sebab bila sampai di lapangan terbang ni, kami tidak perlu kena periksa pakai thermometer macam di Bahrain dan KLIA untuk periksa kalau demam H1N1 (masa balik kedua-dua lapangan terbang ni pakai scanner sudah, lambat sikitlah teknoloji tu sampai).
Pemeriksaan Imigresen pun agak pantas banding dengan Bahrain (kesian Bahrain, asyik kena banding saja). Walau bagaimanapun, lama juga kami terpaksa tunggu di lapangan terbang sebab saudara-saudara kami di Turki yang akan membawa kami bersembahyang Jumaat. Tapi, tidak juga rasa bosan sebab ada WiFi (tidak tahu rupanya inilah akses kepada WiFi yang paling lama, tapi bateri pula sudah mau ‘kong’).
Bandaraya Istanbul ni agak besar juga dan berbukit bukau. Rasa ngeri juga tengok rumah yang bersusun-susun di lereng-lereng bukit, yelah, teringat kes banglo dan apartment runtuh akibat tanah runtuh di KL. Mengikut rakan dari Turki ni, ada rumah ni yang sudah berumur lebih daripada 500 tahun. Inilah bezanya, apabila kerja dilaksanakan dengan cara yang baik ataupun tidak, apatah lagi kalau ditambah dengan elemen-elemen rasuah, riba, tamak haloba dan tipu daya. Dan sama-samalah kita renungkan hadis Nabi SAW ini :
”Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna” Riwayat Baihaqi
Destinasi kami seterusnya ialah pejabat Hayrat Foundation, sahabat dan saudara seperjuangan dari Turki untuk sesi berkenal-kenalan dan bertukar pandangan. Seperti dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Ayat ini juga menyatakan bahwa persaudaraan Islam berlaku untuk seluruh umat manusia tanpa dibatasi oleh bangsa, warna kulit, kekayaan dan wilayah melainkan didasari oleh ikatan aqidah. Persaudaraan merupakan tiang masyarakat Islam dan salah satu asas kekuatannya. “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan serta bagaikan jalinan antara jari-jemari.” (HR.Muttafaq’alaih dari Abu Musa r.a.)
Rasulullah saw pernah menganggap persaudaraan antara umat Islam adalah asas yang sangat penting sehingga hal yang dilakukan beliau adalah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Anshar secara formal satu dengan yang lainnya ketika hijrah ke Madinah.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment