Wednesday, June 10, 2009

Ekspedisi Pendidikan ---> Turki

Alhamdulillah saya telah terpilih mewakili Majlis Belia Sabah dalam satu ekspedisi pendidikan ke Turki.
Yang pasti, bukan ayam Turki...
“Jauh Berjalan, Luas Pandangan” – InsyaAllah, bertambahlah luas pandangan, pengalaman dan ilmu daripada perjalanan saya kali ini.

Sebelum ni, yang saya tahu Turki ada kebab, tikar, Galatasaray dan Besiktas (almaklumlah saya ni minat juga bola). Erdogan pun amat terkenal sejak kebelakangan ini…

Istanbul di Turki juga merupakan pusat pemerintahan sebahagaian besar sultan-sultan khalifah Uthmaniyyah; Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Sulaiman adalah sultan yang paling terkenal dalam dawlah Uthmaniyyah ini. Bagi yang suka membaca kisah Hang Tuah masa kecil-kecil pun ada juga disebut kisah Hang Tuah berjumpa dengan panglima-panglima gagah berani Negara Turki.

Bagi seorang Islam, pandangan saya amat buruk terutama kepada Turki atas kapasitinya yang merupakan contoh negara sekular yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attartuk (MKA saja selepas ini…).

Tidak banyak penceritaan berkenaan Turki yang dicernakan kepada kita di Malaysia hari ni. Yang penting sekali, apakah pula pendidikan, pengalaman dan cerita yang saya akan dapat sekembalinya dari ekspedisi ke Turki kali ini?

InsyaAllah, bermula 28hb Mei (selama lebih kurang 10 hari) saya memulakan detik sejarah ziarah saya ke Turki untuk satu episod ekspedisi pendidikan (tarbiyah) di sepanjang jalan kehidupan ini. Tetapi, ada sedikit kerisauan juga tentang wabak yang tengah melanda dunia hari ni, virus H1N1 atau nama glamernya, selsema @#$%.

Ekspedisi ini bermula di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Daripada itinerari perjalanan, kami kena singgah di Bahrain satu malam untuk transit. Walaupun sudah bersedia awal-awal, ada pula lagi barang yang tertinggal… alat perakam video (camcorder). Tidak apalah, mungkin ada hikmahnya tu!

Bila sampai di lapangan terbang KLIA,benda yang pertama terfikir ialah duit… masyaAllah. Mau tukar duit apa? Berapa kadar pertukarannya? Di mana mau tukar? Ishkk, ishkk, ishkk. Itulah dunia materialisme hari ini, setiap sesuatu disandarkan kepada keperluan duit dan yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun, yang lebih utama ialah kita tahu fungsi asas kehidupan di dunia ini sudahlah… Duit untuk hidup, bukan hidup untuk duit.

Kembali kepada cerita asal…..




Perjalanan kali ini bermula dengan penerangan oleh Sdra Haji Ahmad Azam Abd Rahman berkenaan tujuan dan objektif ekspedisi kali ini. Ekspedisi ke Turki pada tahun ini merupakan ekspedisi yang teramai sejak ianya dimulakan beberapa tahun lalu. Ekspedisi kali ini akan mengandungi beberapa itinerari (betul ka perkataan ni!) :


  • Simposium Isu Palestin… yelah, ini isu utama umat Islam hari ini. Kita sebagai Muslim perlu tahu permasalahan umat segajat, bukan jadi katak bawah tempurung atau kera sumbang.

  • Mesyuarat Agung Union of NGOs Islamic World (UNIW)… ABIM, WADAH, PKPIM dan beberapa lagi NGO Islam merupakan ahli-ahlinya. Gabungan ni baru lagi, InsyaAllah selepas beberapa tahun ini keahliannya akan bertambah dan merangkumi seluruh NGO Islam di seantero dunia.

  • Simposium Antarabangsa Said Nursi – merupakan seorang Ulama’ terkenal yang banyak menyumbang kepada gerakan Islam di Turki dan amat terkenal dengan risalah an-Nurnya, di seluruh dunia.

  • Lawatan ke tempat bersejarah di Istanbul dan beberapa Bandar penting.

  • Membeli belah – tradisi orang-orang Malaysia yang melancong… hehehe.

Apa-apapun semoga ekspedisi ni dapat menjadi rahmat dan berkat kepada kehidupan saya dan menjadi amal ehsan yang penuh makna dan mendapat pahala yang setimpa serta redha Allah SWT. Amin.

No comments:

Post a Comment