Masjid Jamek Ulu ini dibina 600 tahun lalu kerana nazar Beyezid I untuk membina 20 buah masjid sekiranya dapat mengalahkan tentera bersekutu Roman dan Hungary pada pertempuran Nicopolis.
Beliau telah berjaya akhirnya pada tahun 1410 tetapi gagal menemui 20 tanah rata yang sesuai untuk membina 20 buah masjid. Namun, beliau berjaya juga menemui sebuah tanah lapang yang sesuai dan telah bersetuju untuk membina sebuah masjid di atas tapak tersebut. Malangnya, ada sebuah rumah wanita tua yang terletak dalam kawasan tanah berkenaan dan tidak redha tanahnya dirampas walaupun diberikan pampasan yang sewajarnya.
Akhirnya, masjid ini dibina juga dengan 20 buah kubah bagi merealisasikan nazar beliau itu bagi mewakili 20 buah masjid. Tetapi, di atas tapak tanah rumah wanita tua itu tidak dijadikan tempat untuk solat, hanya sebuah kolam air (kini ditambah lagi dengan air pancut).
Tujuan beliau berbuat demikian ialah supaya setiap sudut tempat beribadah tidak akan menjauh daripada berkat dan rahmat Illahi. Beliau sedar akan tindakan beliau terhadap wanita tersebut memang kejam walaupun ramai ulama' mengharuskan tindakan beliau itu atas dasar kemaslahatan orang ramai lebih utama daripada keegoan, "kepala batu" dan emosi individu. Inilah sebuah contoh binaan agung yang didirikan oleh seorang insan atas dasar takwa dalam mencari redha Allah SWT.
Pembinaan sebuah bangunan yang kukuh, berkat dan dirahmati tidak memerlukan pengiktirafan MS ISO, sebaliknya kesedaran diri melalui kesucian jiwa, tuntutan amanah dan kepentingan keselamatan masyarakat awam sepatutnya lebih diutamakan oleh semua pihak yang terlibat dari binaan yang paling besar sehinggalah yang sekecil-kecilnya.
Dikisahkan juga bahawa sebelum Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Istanbul, beliau bertanya kepada Samsuddin, pegawai kerohanian beliau;
"Adakah beta sudah bersedia dari segi kerohanian?" Samsudin menjawab, "Ya".
"Adakah tentera beta sudah bersedia dari segi kerohanian?" Samsudin menjawab, "Ya".
"Adakah rakyat beta sudah bersedia dari segi kerohanian?" Samsudin menjawab, "Ya", tetapi dengan sedikit ragu-ragu.
Wallahu a'lam bimuradihi.
No comments:
Post a Comment