Keindahan seni ukir Islam sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik. Seni ukir Islam mempunyai ciri yang berbeza dengan seni ukir bangsa lain. Seni ukir dalam Tamadun Islam perlu dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum.
Antara ciri seni ukir Islam ialah seni yang berpandukan kepada akidah dan akhlak. Satu garis panduan mengenainya telah dicetus iaitu bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak ataupun ia berbentuk neutral yakni bebas dari nilai-nilai negatif. Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam kerana ia akan membangkitkan perasaan, damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam tetapi perkembangan bentuk, penggunaan corak, warna dan rekabentuk yang diperbuat berdasarkan ajaran al-Quran.

Monumen-monumen warisan dunia yang mempunyai nilai-nilai estetik tersendiri juga berjaya dihasilkan oleh acuan kesenian arkitek-arkitek Uthmaniyah yang hebat seperti Khayruddin, Mahmud Aga, Davud Aga, Ahmad Pasha, Ibrahim Pasha dan yang paling terkenal di kalangan mereka ialah Sinan. Dia digelar sebagai 'chief imperial architect' Dawlah Uthmaniyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Sultan Sulaiman al-Qanuni, Salim II dan Murad III. Antara projek mega hasil pemikiran dan keringat Sinan termasuklah pembinaan Masjid Sehzade dan Suleymaniye di Istanbul serta Masjid Selimiye di Edirne.
Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki.
Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.
Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman kekhilafahan, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikan selain daripada penyampai maklumat. Semasa membuat lawatan ke muzim Sheikh Jalaludin al-Rumi di Konya, saya sempat mengambil foto beberapa mashaf Uthmani yang dihasilkan dalam zaman Uthmaiyyah.
Menjejaki dan mengingati hasil khazanah Islam yang indah, anggun dan mengagumkan ini akan membawa kita kepada usaha-usaha mendekatkan diri kepada Allah Swt dalam menyucikanNya dan memuji kebesaranNya, bukan sekadar menjadi 'pendinding' ataupun sekadar perhiasan semata-mata.
Subhanakallahuma Wabihamdihi.
No comments:
Post a Comment