Tuesday, September 16, 2025

Monolog Jiwa Bangsa – “Kalau Melayu Hilang Islam, Tinggal Kulit Tanpa Jiwa”

Dulu… bila orang tanya siapa kita, kita jawab: “Melayu.”

Tapi Prof Siddiq Fadzil kata… Melayu itu bukan sekadar kaum. Ia tamadun.

Dan tamadun itu… berjiwa Islam.

Kalau kita buang Islam dari Melayu, kita bukan jadi moden… kita jadi kosong.

Kita tahu pantun, tapi lupa tauhid.

Kita tahu adat, tapi lupa adab.

Kita tahu sejarah, tapi lupa sirah.

Prof Siddiq ajar kita tentang pandangan sarwa Islam—cara tengok dunia dengan mata tauhid.

Bukan tengok dunia ikut trend, tapi ikut wahyu.

Bukan ikut rasa, tapi ikut hikmah.

Hari ini, ramai yang tahu hukum… tapi tak tahu hikmah.

Tahu larang… tapi tak tahu peluk.

Tahu marah… tapi tak tahu sabar.

Prof Siddiq kata… Islam bukan agama herdik.

Ia agama yang menyentuh hati.

Agama yang membina jiwa.

Kalau kita nak bina bangsa yang berjiwa, kita kena mula dengan adab.

Adab dengan ilmu.

Adab dengan orang tua.

Adab dengan Tuhan.

Kau tanya aku, Pak Ari… kenapa kita kena belajar sejarah jiwa bangsa?

Aku jawab: sebab kalau kita tak kenal akar, kita takkan tahu ke mana nak tumbuh.

(Puisi):

Islam bukan pedang yang memotong,

Tapi cahaya yang menyuluh jalan pulang.

Kalau kita lupa asal usul,

Kita hilang arah, hanyut tak tentu.

Prof Siddiq tak ajar kita jadi pendakwah yang garang.

Beliau ajar kita jadi pendakwah yang berjiwa.

Yang tahu bila nak bercakap…

Dan tahu bila nak diam untuk mendengar.

Prof Siddiq dah pergi… tapi hikmahnya masih hidup.

Tugas kita bukan hanya mengenang… tapi menyambung.

Dari pangkin ke pentas, dari surau ke sekolah—biar Islam jadi jiwa, bukan hanya jenama.

Sempena Seminar Pemikiran Siddiq Fadzil - 9 September 2025

Abdul Ramlie Ibrahim (Pak Ari)

Papar, 2 September 2025M / 9 Rabiulawal 1447H

No comments:

Post a Comment