Gembiraku bila berada bersamamu,
Bahagiaku bila melihat bahagia dari matamu,
Pahitku bila merenung sakitmu,
Deritaku bila merasa kesedihanmu
Seharusnya...
Hidupku ingin menggelongsori pelangi bersamu,
Hidupku ingin melompat awam bersamamu,
Ku buka mataku aku selalu di sisimu,
Ku menyantap hidangan yang dikongsi bersamamu
Namun...
Aku bersedia meredah badai bersamamu,
Aku bersedia menelan pahit bersamamu,
Aku bersedia merindu2an kan dirimu,
Aku bersedia hanya berteman mimpi bersamamu,
Aku cintaimu setulus hatiku,
Bukan lautan pemisahnya,
Aku cintaimu dgn kehendak Tuhanku,
Agar kubisa menghargainya.
Kerana derita Yunus terjaga,
Hidup tidak semudah disangka,
Perut ikan bukannya syurga,
Tapi jalan syurga yang dijangka
Dalam sengsara Ayub menerima,
Habuan dunia tiada kekal,
Sabar di dunia dalam saksama,
Anugerah Illahi rahman yg kekal.
Ya Allah,
Berikanlah aku dan isteriku...
Hidup bahagia dunia dan akhirat
Ya Allah,
Berikanlah aku dan isteriku...
Kekuatan menghadapi badai dan kepahitan
Ya Allah,
Satukanlah kami berdua...
Satukanlah hidupan harian kami berdua,
Sebagaimana kau satukan hati2 kami dengan cintaMu
Ameen
No comments:
Post a Comment