Kita selalu dituntut untuk menjadi
manusia yang berjiwa merdeka tetapi kita tidak berusaha untuk mendefinisikan
maknanya mahupun mengambil contoh-contoh bagaimana yang seharusnya diambil. Kita
tidak boleh memiliki minda dogmatik; dan Prof Tariq Ramadan mengklasifikasikan pemikiran
sebegini sebahagian daripada kejumudan, keterbelakangan dan kemunduran.
“The
dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic. It would be a
mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the
dogmatic mind is a binary mind. Whilst it states that its truth is the only
truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only universal,
that is because it stipulates – at the same time – that anything that does not
partake of that truth, that path and that universal is, at best, absolutely
‘other’ and, at worst, culpably mistaken.”
[Minda dogmatik memperlihatkan satu
ciri khusus. Adalah suatu kesalahan untuk mengandaikan bahawa ia hanya menerima
kewujudan hanya pada satu sisi pandangan: minda dogmatik itu adalah minda
berbentuk binari. Dalam ia menyatakan bahawa kebenarannya itu adalah
satu-satunya kebenaran, jalannya pula begitu ekslusif dan kesyumulannya
hanyalah syumul yang satu-satunya, kerana ia mengandaikan – pada masa yang sama
– sesuatu yang tidak mengikuti kebenaran tersebut, jalan itu dan kesyumulan
itu, paling tidak, sesuatu yang sama sekali “lain’ dan lebih parah, sesuatu
yang salah].
Tariq
Ramadan, The Quest For Meaning, (London: Penguin Group, 2010)
Berfikiran secara terbuka dengan
tidak hanya melihat dunia ini hanya dua dimensi; bukan juga tiga dimensi malah
memiliki banyak dimensi yang boleh diterokai. Pemikiran secara terbuka ini tidak melihat pilihan hidup hanya terbatas kepada dua pilihan semata; baik dengan jahat, hitam dengan putih, panjang dengan pendek dan lain-lain. Menerima bahawa kepelbagaian jawaban untuk setiap permasalahan dan persoalan kehidupan adalah sebahagian daripada pembebasan pemikiran. Minum kopi tidak lagi hanya pilihan kepada kopi O atau kopi susu. Sekarang kita ada Neslo, Kopi C, Kopi Tongkat Ali dan sebagainya... asalkan bukannya pilihan kepada kefasadan.
Oleh itu, pemilihan yang berteraskan asas-asas keislaman mesti dijadikan sandaran kepada pemilihan nilai sejagat. Prof Tariq juga menambah bahawa nilai-nilai Islamik yang cuba diterapkan dalam dunia polarisasi hari ini mestilah mampu untuk menjadi nilai yang sejagat di dalam semua “universality” yang wujud di dunia ini.
Oleh itu, pemilihan yang berteraskan asas-asas keislaman mesti dijadikan sandaran kepada pemilihan nilai sejagat. Prof Tariq juga menambah bahawa nilai-nilai Islamik yang cuba diterapkan dalam dunia polarisasi hari ini mestilah mampu untuk menjadi nilai yang sejagat di dalam semua “universality” yang wujud di dunia ini.
“the
only way for values to be universal is if they are shared universal values. My
main point is, in this quest for value the aim is not to express your
distinctness from others, but about being able to contribute to the discussion
of universal value.”
[Hanya satu cara saja untuk
nilai-nilai itu menjadi sejagat sekiranya ia adalah nilai-nilai yang dikongsi
semua. Hujah saya, untuk usaha ini sesuatu nilai tidak seharusnya menjadi
terlalu menonjol daripada yang lainnya tetapi kebolehannya untuk menyumbang di
dalam perbincangan keseluruhan nilai.]
Untuk memasukkan nilai-nilai Islam
yang baik, contohnya kelebihan sistem berzakat dan bersedekah; nilai-nilai universal yang setara
dengan nilai-nilai universal ialah membantu golongan yang susah. Islam telah
menggariskan golongan-golongan asnaf yang berhak menerima bantuan dan inilah
nilai yang perlu dikongsi. Bukannya, ketaksuban membincangkan apa-apa jenis
zakat atau sedekah yang perlu diberikan atau dikutip. Di dalam hal ini, adalah
lebih tepat jenis kutipan adalah dalam bentuk matawang yang diterima majority.
Di sini, Islam menerima dan mengadaptasi kepada satu nilai sejagat.
Ini adalah satu contoh daripada
gerakan kesederhanaan atau wasatiyyah dalam membentuk masyarakat yang Wasat.
Tuntutan membina masyarakat yang
Wasat, adalah untuk umat manusia menjadi umat yang bersederhana, selalu
mengambil jalan pertengahan dan akhirnya menjadi umat yang terbaik. Atawasoot
dalam erti kata Islam bermakna bahawa Islam harus cuba sedaya upaya untuk
bersikap sederhana dalam semua hal ehwal, dan ia harus menjauhkan diri daripada
amalan-amalan yang buruk dan membuat kenyataan yang melampau.
Penterjemahan ini selari dengan
pendefinisian Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, iaitu wasat, membawa tiga
makna, iaitu kesederhanaan, pertengahan dan menjadi yang terbaik (to be moderate, to be in the middle, and to
be the best).
Pendefinisian nilai-nilai dalam wasatiyyah sepatutnya ada dalamnya kebenaran yang dibawa oleh wahyu, yakni tidak melanggar batas aqidah dan rukun-rukun asas syariah terutama maqasidnya. Orang yg tidak memahami wasatiyyah akan berkata wasayiyyah itu kompromi... tetapi sebenarnya tidak semestinya semua situasi ada kompromi asalkan menemui jalan damai atau aman. Syariah dan maqasidnya mesti diangkat terlebih dahulu... Contoh mudah ialah berkaitan solat jemaah yg jemaahnya ramai golongan tua yg lemah... kompromi wasatiyyahnya ialah baca surah pendek, pergerakan x laju atau kurangkan bacaan tasbih n tahmid bukannya memgurangkan rakaat mahupun rukun.
Pendefinisian nilai-nilai dalam wasatiyyah sepatutnya ada dalamnya kebenaran yang dibawa oleh wahyu, yakni tidak melanggar batas aqidah dan rukun-rukun asas syariah terutama maqasidnya. Orang yg tidak memahami wasatiyyah akan berkata wasayiyyah itu kompromi... tetapi sebenarnya tidak semestinya semua situasi ada kompromi asalkan menemui jalan damai atau aman. Syariah dan maqasidnya mesti diangkat terlebih dahulu... Contoh mudah ialah berkaitan solat jemaah yg jemaahnya ramai golongan tua yg lemah... kompromi wasatiyyahnya ialah baca surah pendek, pergerakan x laju atau kurangkan bacaan tasbih n tahmid bukannya memgurangkan rakaat mahupun rukun.
Islam memandang hidup dari segala
seginya, bukan menekankan perhatian kepada satu jurusan sahaja. Peningkatan
ekonomi dan peningkatan kualiti sosial yang merupakan elemen penting dalam
pelaksanaan pendekatan wasatiyah dan keadilan sosial adalah salah satu cabang
dari hidup. Sabda Nabi SAW :
“Tuhan
dapat melancarkan kehendakNya dengan Sultan (pemerintahan) lebih banyak
daripada yang dapat dilancarkan dengan al-Quran”
Akhir sekali, Malaysia diharapkan
akan menjadi saksi ke atas manusia dalam kehidupan ini dengan mewujudkan
keadilan, dan juga dengan menyediakan rakyat dengan skala wasatiyah yang paling
tepat yang telah diberikan oleh Allah. Skala wasatiyah yang tepat akan
mengeluarkan kebenaran dan kira-kira dalam semua aspek kehidupan dan agama
tanpa melampau pada kedua-dua belah. Dan juga, Malaysia akan menjadi saksi ke
atas manusia dengan pemantauan dan imbangan (check and balance) cara hidup
manusia. Jadilah masyarakat yang apabila melihat amalan-amalan yang melampau
pada kedua-dua belah skala akan memperbetulkan amalan itu dengan mengembalikan
kesederhaan dalam semua aspek kehidupan termasuklah kepercayaan dan hubungan.
No comments:
Post a Comment