Kita sering diingatkan...
Insan itu dari kata asal, pelupa...
Untuk tidak lupa, kita perlu ada peringatan...
Lihatlah jalanraya, banyak tanda-tandaannya (signage)...
Bagi yang selalu melaluinya, bukan kita tidak tahu ada sesuatu atau bahaya di jalanraya itu...
Bagi yang tidak pernah melaluinya, itu adalah pengajaran yang perlu dipelajari dan sempadan yang perlu dibatasi...
Insan itu dari kata asal, pelupa...
Untuk tidak lupa, kita perlu ada peringatan...
Lihatlah jalanraya, banyak tanda-tandaannya (signage)...
Bagi yang selalu melaluinya, bukan kita tidak tahu ada sesuatu atau bahaya di jalanraya itu...
Bagi yang tidak pernah melaluinya, itu adalah pengajaran yang perlu dipelajari dan sempadan yang perlu dibatasi...
Manusia belajar daripada maklumat, kisah, amanat dan penceritaan yang berlaku setiap hari. Pemberatnya ditentukan oleh kesensasiannya, pengucapnya, kekerapannya dan kekesanannya kepada diri penerima. Kesahihan dan kebenarannya bukan faktor penting...
Di antara banyak-banyak negara di dunia ini, saya kagum dengan pimpinan Jepun yang konsisten memandu rakyatnya untuk ke satu jalan... Jalan ke arah kemajuan.
Bermula dengan cerita Doraemon yang begitu inovatif... Watak Doraeman ini ialah watak orang Jepun di masa hadapan yang memiliki apa saja penyelesaian untuk setiap permasalahan. Watak Nobita pula ialah watak warga Jepun pada waktu itu (dan waktu ini)... Penuh dengan cabaran tetapi akan maju dan percaya apabila melabur untuk masa depan yang baik.
Pimpinan Jepun tidak habis dengan Projek Doraemon saja rupanya sebab saya mendapat maklumat kisah Naruto juga tajaan MITI Jepun (tidak pasti benar atau tidak). Yang pastinya, mesej Naruto lebih besar bahawa perjalanan hidup ini sangat panjang, lebih jauh dan memenatkan serta kekuatan sentiasa perlu dipertingkatkan. Semakin kuat kita, musuh yang lebih kuat akan muncul.
Hebat mesej yang cuba disampaikan ini...
Di Malaysia kita banyak juga rancangan TV yang menasihat dan membentuk warga yang hebat jatidiri tetapi tidak berapa nampak kewujudannya dalam mendidik masyarakat.
Dalam buku Mitos Peribumi Malas karya Syed Hussein Al-Attas ada seorang sarjana barat yang mengatakan bangsa Melayu ni sentimental orangnya tetapi membuak hatinya.
Orang Melayu tidak mudah untuk menjadi terlalu beremosi tetapi serangan berterusan pemikiran dan qalbunya, orang Melayu boleh menjadi orang yang lebih ganas tindak dan katanya.
No comments:
Post a Comment