Kesedaran dan perangsang kepada sebarang bentuk idealisme dan pegangan, termasuklah semangat dan perasaan patriotik perlu berteraskan kepada realisasi kebenaran. Komitmen kita untuk memperjuangkan martabat masa depan generasi dan kedaulatan negara bangsa ke arah kegemilangan tidak hanya sekadar tindakan dan sambutan bunga-bungaan tetapi harus meliputi pencapaian objektif dan matlamat hakikinya.
Norma kehidupan insan dapat digarap dengan lebih gemilang seandainya manusia menerapkan nilai positif dan akhlak dalam setiap aspek kehidupan. Kecintaan terhadap kebenaran dapat dipupuk melalui nilai yang terdapat dalam agama agar manusia dapat menjadi manusia yang bertanggungjawab. Kebahagiaan hakiki sama ada di dunia dan akhirat akan dapat dicapai sekiranya manusia berpegang kepada sikap menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai nilai yang diajarkan dan ditekankan oleh agama.
Pemegangan yang tidak berdolak dalih kepada nilai postif dalam sistem agama kita akan melahirkan manusia yang menyedari peranan sebagai khalifah Allah di atas mukabumi, menjalani kehidupan dengan beradab dan juga berakhlak. Makna dan hakikat kehidupan tidaklah akan terserlah seandainya manusia melihat kepada kebahagiaan atau kekayaan yang sementara berbanding dengan kehidupan hakiki. Dalam soal ini, pemahaman terhadap nilai positif yang disarankan oleh agama membentuk pemikiran tentang kebahagiaan mutlak yang berkait dengan konsep ketuhanan dan hari Akhirat. Justeru sistem nilai tidak akan tertegak tanpa adanya pembudayaan ilmu dalam diri setiap insan.

Daripada ilmu dan percambahan sistem nilailah akan lahir insan-insan yang beradab, berakhlak dan beketrampilan tinggi dengan budaya berkepemimpinan tinggi yang memakmurkan, membangunkan dan menerajui bumi ini. Di antara nilai-nilai positif pekerjaan dan kemahiran hidup yang diperolehi oleh seseorang ialah seperti amanah, bertanggungjawab, tidak cuai, tidak menyalahgunakan kuasa, integriti, jujur, setia, bersedia, berdisiplin, pengurusan dan penggunaan masa, menambahkan keyakinan orang lain, benar, murni niat, tepati janji, rendah diri, suka menolong dan berkhidmat dalam sebarang keadaan.
Nilai-nilai positif lain adalah seperti menerima arahan, belajar dari kesilapan, berkongsi pengalaman, tolong menolong, toleransi, kerjasama berpasukan, menggunakan akal dan kebijaksanaan bukannya emosi, tidak mengambil jalan mudah, professional, berfikir dan menimbang-nimbang, mendalami ilmu dan kepakaran, mensyukuri Allah dan berterimakasih kepada manusia, memuji yang baik dan menegur kesalahan, menghargai, sabar, tenang, yakin, tidak berputus asa, menerima hakikat, rajin, pengorbanan, berdedikasi, berakhlak, ceria, cergas, pantas, suci hati, ikhlas, menghormati, layanan baik, bersedia mengkritik diri dan menerima teguran, menyayangi, bertimbang rasa, menerima tugas sukar, mesra tugas, mesra masyarakat dan muhasabah.
No comments:
Post a Comment