bukan sahaja sebagai pemimpin agama,
tetapi juga negarawan yang berjaya menyatukan masyarakat Arab dan membina sebuah negara bersepadu.
Dalam catatan ini, kita telusuri pandangan sarjana Barat
mengenai keunggulan baginda dalam dua dimensi utama:
keberhasilan rohani dan kejayaan politik.
Michael H. Hart menempatkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah, menegaskan kejayaan rohani baginda dalam menyebarkan Islam dan menyorot kecemerlangan politik baginda menyatukan suku Arab yang berpecah-belah.
William Montgomery Watt pula begitu kagum dengan Piagam Madinah : Watt memuji Piagam Madinah sebagai perlembagaan bertulis pertama di dunia. Piagam yang menetapkan prinsip kesatuan umat, keadilan, dan keamanan untuk semua penduduk. Sistem syura baginda juga menunjukkan corak pemerintahan berasaskan perbincangan dan musyawarah.
Thomas Carlyle pula mengagumi keikhlasan dan ketokohan baginda dalam membentuk masyarakat daripada zaman “barbar” dan menekankan integriti dan keupayaan baginda memimpin perubahan sosial besar dalam masa singkat.
Philip K. Hitti telah mengenal pasti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik dan tentera yang efektif. Menegaskan kejayaan menyatukan suku-suku Arab yang terkenal dengan perpecahan sebagai pencapaian monumental.
Al-Quran menegaskan kedudukan baginda:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”
Masyarakat Arab sebelum Islam sering terjerat dalam kabilah, penindasan wanita, dan budaya darah.
Kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa perubahan berikut:
• Pengekalan hak asasi bagi wanita dan golongan lemah.
• Prinsip persamaan di mata hukum dan agama.
• Larangan riba, pelacuran, dan budaya bunuh anak perempuan.
Semua itu menandakan transformasi moral yang radikal dan lestari.
Sebagaimana firman-Nya :
“Sesungguhnya, pada diri Rasulullah benar-benar ada suri teladan yang baik bagimu…”
Ayat-ayat ini meneguhkan bahawa ketokohan baginda merangkumi semua lapisan kehidupan:
ibadah, akhlak, undang-undang, dan hubungan kemasyarakatan.
Ketokohan Nabi Muhammad SAW menyatu-padukan dimensi rohani dan sekular,
membina negara Islam berasaskan keadilan, keamanan, dan persaudaraan.
Beliau adalah contoh sempurna bagi pemimpin agama dan politik.
Semoga kita dapat meneladani keberanian, hikmah, dan integriti baginda dalam setiap bidang kehidupan.
Ya Allah,
Kurniakanlah kami taufik mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW
dalam membina masyarakat adil, aman, dan penuh rahmah.
Jadikanlah kita umat yang kembali kepada petunjuk-Nya
dan mewarisi khazanah keadilan baginda.
آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Catatan Dhuha Pak Ari - 21 September 2025
Rujukan :
The 100 : A Ranking of The Most Influential Persons in History - Michael H. Hart
Muhammad at Medina - William Montgomery Watt
On Heroes, Hero-Worship and The Heroic in History - Thomas Carlyle
No comments:
Post a Comment