“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”
(Ar-Ra’d : 22-24)
Dalam keadaan diri ini yang ditimpakan musibah kesakitan; teringat pula akan ayat ini yang menuntut kita untuk bersabar.
Orang-orang beriman yang memiliki bashirah (mata hati) dengan melihat setiap sesuatu yang berlaku itu diselindungkan hikmah di sebaliknya.
"Menakjubkan sungguh urusan orang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan. Dan itu tidak terjadi kecuali pada orang yang beriman. Jika mendapat nikmat ia bersyukur, dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah ia bersabar, dan sabar itu baik baginya," (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
Semua yang berlaku itu merupakan ujian yang mendidik dan mematangkan diri. Nabi Ayyub Allaihis salam bukan saja diuji dengan kesakitan tetapi menurut riwayat kebanyakan ulama'; kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada beliau seperti kekayaan yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai dan isteri yang cantik juga adalah ujian yang berjaya dihadapinya.
Allah menurunkan nikmat berlebihan atau musibah untuk kita belajar "barakah kesabaran".
Kenapa barakah? Kesabaran yg tidak memiliki ruh atau tiada pengajaran diambil daripada peristiwa musibah itu tidak akan memberikan kesan apa-apa.
Tetapi, bagi yg mengambil pengajaran daripada peristiwa musibah itu adalah yg telah menerima barakah kesabaran. Ukurannya ialah ketaqwaan dan keimanannya bertambah. Selain itu, orang yg menerima barakah kesabaran itu melakukan sebaik2nya bagi mengelakkan berlakunya musibah itu ataupun impak musibah yg diminimakan.
No comments:
Post a Comment