Sunday, January 12, 2014

WIBAWA dan QUDWATUN HASANAH

Nabi Muhammad S.A.W hadir dengan WIBAWA yang menyinarkan Islam sebagai ad-deen yang misinya menyelamatkan ummah, membugarkan pemikiran dan mengislahkan budaya (adab dan tamadun)...
 
Michael H. Hart dalam menjustifikasikan pemilihan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah umat manusia (100 Most Influential Persons in History) telah berkata;
 
"Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive... Like all religions, Islam exerts an enormous influence upon the lives of its followers. It is for this reason that the founders of the world's great religions all figure prominently in this book. Since there are roughly twice as many Christians as Moslems in the world, it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus. There are two principal reasons for that decision. First, Muhammad played a far more important role in the development of Islam than Jesus did in the development of Christianity. Although Jesus was responsible for the main ethical and moral precepts of Christianity (insofar as these differed from Judaism), St. Paul was the main developer of Christian theology, its principal proselytizer, and the author of a large portion of the New Testament.
 
Muhammad, however, was responsible for both the theology of Islam and its main ethical and moral principles. In addition, he played the key role in proselytizing the new faith, and in establishing the religious practices of Islam. The Koran therefore, closely represents Muhammad's ideas and teachings and to a considerable extent his exact words. No such detailed compilation of the teachings of Christ has survived. Since the Koran is at least as important to Moslems as the Bible is to Christians, the influence of Muhammed through the medium of the Koran has been enormous"
Daripada kenyataan ini Hart menyimpulkan bahawa kehebatan Nabi Muhammad S.A.W kerana :
 
1) Nabi Muhammad S.A.W. adalah pemimpin politik yang efektif
2) Pengaruh Nabi Muhammad S.A.W. yang masih kuat dan meluas
3) Nabi Muhammad S.A.W membentuk satu cara hidup (ad-deen) daripada pengislahan budaya (jahiliiyyah yang merusak) kepada budaya kasih sayang, hormat menghormati dan membangun serta membebaskan (transformatif-liberatif)
4) Nabi Muhammad S.A.W. meninggalkan satu sistem "role-model" yang menjadi ikutan umat berteraskan "qudwatun hasanah" yang menjadi teras kepada etika dan moral yang terpuji dan dikagumi
5) Nabi Muhammad S.A.W. juga memastikan legasi ad-deen dipertahankan dengan penurunan kuasa kepada sahabat-sahabat beliau melalui konsep ta'dib, tarbiyah dan ta'lim (pendidikan) yang sangat efektif dan sistematik
6) Al-Quran yang sentiasa terpelihara serta Hadis serta Sunnah yang dijaga kesahihannya dengan proses yang sangat ketat
 
Tanpa memerlukan justifikasi daripada seorang non-Muslim pun kita tahu bahawa tidak ada insan yang lebih agung daripada Nabi Muhammad S.A.W. Islam telah hadir sempurna sejak awal lagi dan disempurnakan penyampaiannya oleh ajaran yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Kewibawaan Islam yang telah dipersembahkan oleh Nabi Muhamamd S.A.W. itulah WIBAWA yang perlu kita pertahankan.
 
KEWIBAWAAN yang hadir dalam bentuk "QUDWATUN HASANAH"...
 
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W.) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad), "Cukuplah bagiku Allah (yg menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, kepadanya aku berserah diri, dan dialah yang mempunyai arasy yg besar" (Surah at-taubah:ayat 128-129)
 
Marilah kita bersama-sama menjadikan "QUDWATUN HASANAH" yang dipersembahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebagai cara hidup (ad-deen) kita dalam membentuk WIBAWA agar ketamadunan dan peradaban Islam yang agung dan bersinar dapat dikembalikan.
 
Alhumma Solli ala Muhammad wa ala alihi wasahbihi ajmain...
 
Salam Maulidur Rasul S.A.W. 1435H

No comments:

Post a Comment