haruskah untuk diri ini bertanya,
bagaimana dan apa?
untuk mendapatkan yang namanya cinta sejati...
adakah mesti menjadi yang pertama,
atau menjadi yang terakhir,
atau untuk menjadi yang selama-lamanya,
selamanya...itulah impian dan matlamatnya.
realitinya...dialah yang di sini sekarang
seharusnya aku berkata...
siramilah yang bertunas itu,
bajailah yang ingin tumbuh itu
hidup ini memang tidak sempurna,
dia mungkin tidak sempurna,
tetapi dirimu pun bukannya sempurna,
kesempurnaan itu hanya milik Allah swt...
Aku bertanya bagaimana engkau tahu dia pilihanmu,
cukupkah istikharah mu?
berapa banyakkah munajatmu?
pasti ada tanda-tandanya...
adakah ini tanda-tandanya?
adakah bila dia membuatmu gembira dan ketawa,
adakah bahagia bila bersamanya dan mahu berkongsi sedih bersama...
adakah lagi yang aku perlu tahu?
engkau selau merasa waspada untuk menjaga hatinya...
bukan kerana takut marahnya atau risaukan rajuknya,
hanya kerana kau tidak mahu dirinya terluka,
hanya kerana kau takut kehilangannya
Andainya dia lah ratu di hati...
bahagia kan dia,
curi hatinya setiap hari,
cipta senyuman di bibirnya,
jadikan hari-harinya bermakna
ada lagi?
senyumlah bila dia menggembirakanmu,
hadirlah untuk meredakan sedihnya,
tunjukkan marahmu bila kau tidak setuju kerana dia tahu kau sayang,
rinduilah dia ketika berjauhan,
belailah hatinya bila bersama
Dan, paterikanlah cintamu itu dengan naungan cinta Allah yang maha esa
No comments:
Post a Comment