"New Religion of Market"
- Dari segi pengistilahan bahasanya, Agama (Ideologi) Baru dalam Pasaran; dan dari kefahaman saya, bilamana pasaran, trend atau ikutan ditafsirkan sebagai satu agama baru. Apa-apa saja yang mendapat permintaan ramai atau populis, itulah agama. Contoh yang paling mudah, trend berpakaian, genre muzik yang digilai, malah meminati laman-laman web rangkaian yang popular seperti twitter ataupun facebook dikaitkan dengan pengistilahan ini.
Yang amat menyedihkan sekali nilai-nilai kehidupan yang sebegini telah diterima dengan baik oleh masyarakat Islam, di kalangan orang-orang Islam sendiri. Walaupun orang-orang Islam tidak mengiktiraf keterlibatan dalam pendakyahan ini sebagai satu agama, tapi dari segi ikutan dan amalan, masyarakat kita tidak kurang hebatnya. Lihatlah masyarakat kita hari ini, "Budaya Hiburan dan Peleluasaan Maksiat" (meminjam frasa Prof Dato'Dr Siddiq Fadzil) adalah lumrah dan menjadi kebanggaan.

Anak muda hari ini ramai yang tidak faham apa erti kemodenan, kemajuan mahupun pembangunan... bukannya merempit, berlumba haram, berpeleseran dan bermacam lagi gejala sosial yang merusak.
Bukan sahaja masa dan tenaga dihabiskan begitu, wang ringgit pun dibazirkan tidak tentu hala. Pakar ekonomi pun patut bersetuju dengan saya dengan setiap pelaburan mesti ada pulangan (keuntungan). Apa pulangan keuntungan daripada aktiviti-aktiviti tidak berfaedah ini. Kesian umat Islam hari ini... ditipu dan dijajah mindanya di negara sendiri.
Begitulah caranya pemikir-pemikir tamadun barat mendefinisikan agama; amat berbeza dengan definisi beragama dalam Islam yang kita fahami sebagai individu Muslim:
Islam sebagai ad-din;
sebagai cara hidup yang terarah;
sebagai pemandu kehidupan bersosial yang lengkap;
sebagai jalan kebahagiaan yang hakiki;
sebagai pembimbing gerak daya pengislahan yang bermakna;
sebagai lampu yang menerangi jalan-jalan kehidupan yang gelap;
sebagai satu panduan yang syumul;
Wabillahi tawfiq walhidayah

No comments:
Post a Comment