Sinambungan daripada entri yang lalu, Tahun Qamariyyah...
Belum terlambat untuk saya menukilkan sesuatu berkenaan tahun Qamariyyah dan Hijrah ini.
Sejak dahulu lagi sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab menggunakan tahun Qamariyyah yang menggunakan perhitungan perjalanan bulan sebagai kalender. Bulan Muharram merupakan bulan pertama dan bulan Zulhijjah sebagai bulan terakhir.
Umar bin Khattablah yang telah memilih untuk meneruskan perhitungan perjalanan bulan ini dan memilih tahun berdirinya Daulah Islamiyyah sebagai permulaannya; Setelah perintah-perintah Allah dan wahyu-wahyu yang datang dari langit dapat dijadikan hukum dan kanun. Setelah berdirinya sebuah negara yang diidam dan dicita; Setelah berdirinya payung yang memayungi penganut agama suci Islam; Setelah tertegaknya sebuah Kerajaan yang beratus-ratus tahun selepas itu yang menjadi kebanggan seorang yang mengaku dirinya dan bersaksikan hanya Allah Tuhannya dan Muhammad Rasulullah.
Yang penting dalam catatan sejarah ini ialah Hijrah.
Hijrah dalam sejarah Islam memberi makna yang besar.
Amat besar sehingga Umar al-Khattab memilihnya untuk menjadi ingatan umat Islam seluruhnya.
Mulanya hijrah bukan berhijrah dari kesusahan kepada kesenangan; bukan berhijrah dari kemiskinan kepada kekayaan; dan bukan sekali-kali berhijrah dari kehinaan kepada kekuasaan semata-mata.
Orang-orang yang berhijrah itu bukanlah berhijrah kerana kesempitan dan kepapaan hidup di Mekah... orang yang mempunyai rumah, orang yang berada, orang yang senang pun turut berhijrah.
Hartawan-hartawan seperti Shuhaib dan Abdur Rahman bin Áuf tidak pernah merasa kepapan di Mekah. Anak muda manja yang berterompah salutan emas, Musháb bin Umair tidak pernah berenggang dengan ibu bapanya sanggup meninggalkan semuanya dan berhijrah bersama-sama saudara Islam yang lain.
Mereka tinggalkan Mekah sebab di sana tidak ada kebebasan hidup untuk menuruti apa yang sesuai dengan aqidah.
Mereka meninggalkan kampung halaman, harta benda dan orang-orang yang dicintai kerana yakin dan percaya tempat kediaman baru yang akan membebaskan mereka daripada kekufuran dan penderhakaan kepada Illahi kepada kebebasan meninggikan kalimat Allah.
Wallahu a'lam.
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment