Semalam semasa memandu balik ke rumah dari kerja, saya mendengar Radio IKIM dan topik yang dibncangkan adalah lebih kurang dengan tajuk entri blog saya kali ini. Isu-isu dan kes-kes yang dibincangkan memang amat menarik untuk difikirkan dan dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi hidupan seharian.
Salah seorang pendengar telah menceritakan keunggulan yang dimiliki oleh Saidina Abu Bakar dalam menangani dan memahami sesuatu isu dan konflik.
Keunggulan Abu Bakar a.s ini dapat dilihat dengan jelas sejurus selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar R.A., “Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang berkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, “Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
“Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qur’an:
“Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur."
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami isu-isu berkaitan Islam.
Kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dakwah Islamiyyah,
Demi kemaslahatan ummah, fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa-apa jua yang tuan-tuan ingin perkatakan kerana takut akan menjadi salahfaham dan menambahkan kekeruhan kepada konflik yang sedia ada. Pelajarilah daripada kisah ini tentang bagaiamana Saidina Abu Bakar menangani konflik pada masa itu... Janganlah kita menjadi buta semata-mata kerana ingin menegakkan pegangan politik atau apa-apa jua ideologi. Sedangkan, pada hakikat dan realitinya sudah jelas, umat Islam seluruhnya tidak akan mendapat apa-apa faedah, malah semakin keliru.
Berkaryalah dengan menggunakan akal dan fikiran sihat dengan bimbingan wahyu yang benar dan adil.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment