Friday, January 22, 2010

Banjir dan Masalah belia terkandas di KL

Minggu ni berita utama yang menghiasi dada-dada akhbar ialah hujan lebat yang melanda di negeri ini menyebabkan berlakunya banjir di Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran. Masalah belia-belia dari Sabah yang terkandas di Kuala Lumpur juga menjadi berita hangat.

Seperti permasalahan lain yang melanda kita pada hari ini, perkara asas kepada permasalahan ataupun yang selalu disebut-sebut, root cause (akar punca) perlu dicari dan diambil tindakan mengatasi atau mengimbangkannya.

Saya tidak berani menyentuh tentang masalah banjir kerana ianya sesuatu yang di luar kawalan kita dan apa yang kita mampu buat ialah mengurangkan kesan permasalahan yang ditimbulkannya.

MBS juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen dan gesaan kepada pihak yang bertanggungjawab agar isu ini diambil tindakan sewajarnya. Kenyataan media MBS disampaikan oleh Kevin Lim, Timbalan Presidennya dan disiarkan di Daily Express pada 19 Januari yang lalu.

Isu sebenar dalam menangani permasalahan belia pada hari ini ialah berkisar kepada kualiti hidup, tuntutan dan cabaran sekeliling, pengaruh rakan sebaya dan pandangan alam yang samar-samar (tidak tepat) tentang tuntutan kehidupan itu sendiri.

InsyaAllah, di tahun 2010 ni saya berharap akan dapat menggerakkan kajiselidik bagi mengukur kecenderungan belia hari ini tentang kehidupan dan pandangan alam mereka tentang matlamat dan destinasi kehidupan dalam mencapai kebahagiaan.

1 comment: