Thursday, January 21, 2010

Pancaindera Benar


Hari ni aku bersolat Jumaat di Masjid al-Kauthar, Tawau, sebuah masjid besar di daerah Tawau selain daripada Masjid Raya, Tawau.

Khutbah hari ni untuk mengajak manusia menjaga pancaindera; mata, telinga dan mulut dan membimbing merekan kepada perkara-perkara yang benar. Panjang lebar juga khatib mengupas topik ini yang mengajak ahli-ahli jemaah bersama-sama menjadikan pancaindera sumber turunnya rahmat dan berkat Illahi; bersama-sama mengerjakan perkara ma'ruf; dan menjauhi yang mungkar.

Pancaindera adalah sumber yang menjadi antaramuka (interface) diri insaniah dengan alam sekeliling dan sesama makhluk. Penjagaan dan pemeliharaan pancaindera dari segi fizikal dan batiniahnya adalah penting dalam memastikan pancaindera terpelihara daripada sebarang racun kehidupan yang boleh merosak dan membinasa.

Dalam epistimologi Islam, tiga perkara utama yang penting dalam penapisan maklumat sebelum mengangkat maklumat itu sebagai satu ilmu yang bermanfaat, iaitu :
  1. Bimbingan wahyu (Al-QurĂ¡n, Sunnah dsb)
  2. Pancaindera yang sihat
  3. Akal fikiran
Sihat pancaindera, sihatlah martabat ilmu pada pandangan diri.
Maka, terarah dan terpandulah diri insani dalam mengemudi bahtera kehidupan.

Amma ba'du, semoga kita termasuk dalam golongan yang memahami, mengamal dan menyampai ilmu yang bermanfaat dalam menjalankan tugas sebagai seorang hamba dan khalifah di dunia ini.

No comments:

Post a Comment