Mencintai dan menghormati kehidupan memutikkan harapan dan impian untuk menjadi seorang insan.
Semuanya dalam lingkup qadha dan qadar Allah S.W.T.
Kita hidup ini bermakna apabila membawa semangat kepada penghidupan lain seperti ladang yang berkilauan yang membuahkan hasil yang ranum dan berkhasiat.
Ini ehsan bagi penghidupan makhluk kepada makhluk... kehidupan sang khalifah di muka bumi.
Melengkapkan tuntutan ehsan kepada yang Maha Kuasa; beribadah kepadaNya seolah-olah kita melihat Dia dan Dia melihat kita.
Itulah kuasa Allah yang Maha Kuasa, Maha Melihat dan Maha Mendengar...
Surat Asy Syura : 11
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
dan Dia-lah yang Maha mendengar dan Melihat.
Kekuasaan Allah ini menidakkan kekuasaan ketuhanan dewa-dewa Rom yang terbatas dan menunjukkan wujudnya tuntutan menjalani kehidupan secara teratur dan berhukum.
Menolak sekeras-kerasnya penggunaan akal fikiran dan adat dalam segala bidang kehidupan.
"You will know that the divine is so great and of such a nature that it sees and hears everything at once, is present everywhere, and is concerned with everything."
Socrates, Memorabilia.
"Kita akan sedar bahawa Maha Agung yang Maha Besar dan memilik sifat melihat dan mendengar segalanya pada setiap waktu, hadir di mana-mana, dan prihatin dengan segala-galanya."
Ada tuntutan agama,
Ada tuntutan moraliti (akal),
Ada tuntutan harta,
Ada tuntutan keturunan,
Ada tuntutan jiwa (naluri).
Segala-galanya dirangkumkan dalam maqasid syariah.
Kehidupan ini mencari nikmat, kata sesetengah orang.
Rasa nikmat kehidupan bukannya seperti digambarkan oleh filem-filem dan drama-drama. Mahupun apa yang dituntut oleh akal dan fizikal semata-mata.
Kerananya nafsu jahat akan berleluasa... semakin nafsu itu dikenyangkan, semakim sukarlah untuk dibuang segala keburukan yang telah dibawa oleh nafsu itu.
Alfatihah diberikan kepada adik Nursyuhada, mangsa pembunuhan kejam yang berlaku akibat cinta tidak berbalas, seperti dikisahkan oleh media.
Peringatan kepada kita semua tentang apa yang boleh berlaku di kala nafsu tidak dapat dikawal lagi. Kita mempercayai Syaitan juga memainkan peranan dalam kes ini tetapi ketahanan spiritual dalam bentuk keimanan seharusnya menjadi pelindung.
Semoga roh adik Nursyuhada ditempatkan bersama para solihin.
Berawaslah kita dalam mencari nikmat kehidupan yang kadang-kadang hanya fatamorgana dan jurang-jurang kebinasaan kepada diri kita.
Betullah pesan arwah ayahku,
"Nikmat itu sepatutnya sedap di dalam hati dan bukan dipangkal mulut sahaja."
Dalam lanjut usia ini baru aku dapat menerima kata-katanya. Memang benar daging gearbox itu sedap di mulut tetapi bahaya untuk badan (dalam hati); boleh mengundang darah tinggi.
No comments:
Post a Comment