Emosi kita memenjara tetapi keimanan/kepercayaan spiritual adalah inspirasi dan perjuangan kepada kebebasan.
"Our emotions imprison us, but spirituality is both an inspiration and a quest for freedom." Prof Tariq Ramadan
Apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini lebih kepada "pembawaan emosi" bukannya kepercayaan spiritual yang sebenarnya mahupun ajaran-ajaran yang dibawa oleh mana-mana agama.
Untuk membina emosi yang kuat dan teguh serta berasaskan kepada nilai-nilai kebaikan sejagat seharusnya ia disertai dengan keimanan/kepercayaan spiritual yang kuat.
"Emotion is to spirituality what physical attraction is to love."
Emosi dan keimanan/kepercayaan spiritual adalah seperti tindak tanduk si pencinta terhadap yang dicintainya.
Mula-mula tanam dahulu cinta yang benar; pasti tingkahnya akan mendahulukan kecintaan itu melebihi apa-apapun.
Seorang yang mencintai agamanya sedalam-dalamnya akan bertindak apa-apa saja demi cintanya itu terhadap agamanya.
Seorang yang mencintai kehidupan beragamanya itu akan bertindak apa saja demi cintanya itu terhadap kehidupan dalam beragamanya.
Nampak serupa tetapi tidak sama langsung kedua-dua ayat di atas.
Saya baru sahaja menonton filem Laila Majnun siang tadi... dan ini merupakan kali kedua saya menontonnya.
Di kali kedua menontonnya saya mendapat dua pengetahuan baru:
1) penggunaan agama (contoh Islam dalam cerita itu) dalam menegaskan satu tindakan dalam kehidupan bukanlah perkara baru
2) dua definisi jelas tentang "cinta".
Saya tidak pernah membaca buku Laila Majnun dan pandangan ini adalah hasil daripada filem ini sepenuhnya.
Yang pertama itu ditegaskan beberapa kali dalam beberapa dialog penting sepanjang filem ini. Yang kedua adalah daripada pemerhatian saya.
Ada juga hasil ulang kaji saya tentang filem Laila Majnun ni...
Mungkin kata-kata ulangkaji tidak wujud dalam kamus pelajar-pelajar sekolah hari ini tetapi ulangkaji lah yang membina kefahaman sebenar tentang ilmu pengetahuan.
[Kajian saya pada tahun 2012 tentang pendidikan di Sabah, lebih 50% pelajar-pelajar tidak pernah mendengar atau tidak ingat makna perkataan "Ulangkaji".
Perkataan alternatif lain yang mereka kenali jika dikaitkan dengan peperiksaan ialah soalan ramalan, latihtubi dan score A]
No comments:
Post a Comment