Kita tidak mampu mempengaruhi dunia ini walaupun kita berusaha menjadi sepertinya.
"You'll never influence the world by being like it"
Saya tidak ingat siapa yang menuturkan kata-kata ini tetapi kata-kata ini memang amat benar.
Begitulah dunia... walaupun diciptakan oleh Allah untuk manusia tetap tidak akan dapat menyempurnakan keinginan dan kehendak manusia.
Allah menciptakan manusia dengan kesempurnaan dan kebolehan untuk evolusi dan improvisasi. Jika pada nafas ini kita gagal, akan ada nafas yang kedua dan memecahkan kitaran adalah sebahagian daripada langkah perjalanan.
Tunjukkan melalui teladan (qudwah hasanah) dan binalah kekuatan cinta yang padu, sentiasa memperbaiki diri dan berfikir. Berfikir sebagai seorang pejuang (untuk kehidupan yang bahagia)
Kita perlu menyentuh kehidupan ini untuk hidup bahagia... Sentuhan yang dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Sentuhan yang suci dalam hasrat cinta tanpa syarat dengan memberi manfaat kepada semua pada setiap peringkat jujur, ikhlas, suci dan murni tanpa udang di sebalik batu.
Kebahagiaan kita adalah milik kita... mesti datang dari hati kita sendiri.
Jangan biarkan kebahagiaan palsu mengabui mata dan membutakan hati kita.
Hari ini kita disibukkan dengan mencari kebahagiaan yang bukan kita ingini, yang bukannya datang dari hati kita.
• dalam ‘high end’ hand phone, 70% fungsinya kita tidak gunakan atau tidak berguna.
• dalam kereta mewah, 70% kelajuannya tidak diperlukan dan dicapai.
• dalam villa mewah, 70% ruangnya dan perhiasannya tidak diisi dan diguna.
• dalam almari pakaian, 70% jarang diguna.
• 70% bakat dan kemahiran tidak digunakan.
Kebahagiaan yang biasanya didorong oleh kepentingan duniawi yang tidak memberi pulangan apa-apa pun terhadap kehidupan kita.
Teringat pesanan Jalaluddin Rumi di dalam Masnawi: Apabila kepentingan duniawi semakin memuncak, hati akan semakin terhijab!
Manusia akan terus terkejar-kejar... kerana kehidupan yang sempurna di akhirat sana jua.
Untuk mengetahui kebahagiaan itu asli dari hati kita atau tidak ialah dengan mendalami hati kita tentang apa sebenarnya kemahuan kita. Kebahagiaan itu MESTI bersifat kebahagiaan yang mengembalikan kita untuk mencari Redha Allah SWT.
A journey with sweet memories.... Have a Blessed Day Today and Always !!!!
No comments:
Post a Comment