Membina persahabatan dan persaudaraan adalah tuntutan sepanjang zaman di setiap agama, bangsa dan peringkat kehidupan.
"Kita hidup senang, sejahtera dan bahagia di dunia dengan doa dan penerimaan manusia, dan berjaya di akhirat dengan redha manusia juga selain redha Allah S.W.T." Pesanan seorang guru kepada saya semasa mengupas topik hablum minan nas dan tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.
Konsep hablum minan nas ini hanya boleh dikukuhkan dengan persahabatan dan persaudaraan yang ikhlas dan kesepakatan bermatlamat serta atas mencari keredhaan Allah S.W.T. (bagi pesaudaraan dan persahabatan sesama Islam).
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :
Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila dua orang saudara muslim bertemu adalah semata-mata untuk mereka merapatkah rasa ukhuuwwah dan kasih sayang, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan merancang sesuatu atas tanggung jawab macamana cara-cara untuk menyelamatkan umat ini daripada hanyut di bawa arus jahiliyah dan terselamat daripada mendapat azab Allah SWT.
Bagaimana penyebaran Islam , kerja-kerja dakwah dan tarbiah dapat di jalankan dengan berkesan dan memenuhi sasarannya. Mereka berpisah adalah semata-mata kerana Allah di sebabkan masing-masing kembali ketempat asal mereka untuk memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiah , walaupaun berjauhan namun perasaan ukhuwwah dan kasih sayang tetap berterusan.
Allah SWT. akan memberi pahala dan ganjaran yang besar apabila seluruh masa, tenaga dan wang ringgit di curahkan semata-mata untuk menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi. Di atas usaha-usaha yang berterusan seperti ini, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. memang sesuailah mereka mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti.
Dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan di dalam Kitab Al-Muwattha' Imam Malik, Nabi S.A.W telah bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermkasud: "Kasih-sayangKu lebih utama untuk mereka yang berkasih-sayang pada jalanKu, golongan berhimpun dan berkelompok semata-mata keranaKu, golongan yang saling ziarah-menziarahi keranaKu, dan golongan yang sentiasa berbelanja dijalanKu".
Sejak dahulu lagi manusia amat memerlukan antara satu sama lain; tidak kira secara terus atau melalui perantara yang lain. Di zaman ini manusia lebih saling memerlukan antara satu sama lain dengan cara hidup yang semakin berubah... kita hidup hari ini dengan skil yang spesifik; menjadi guru, doktor, jurutera, polis, askar, arkitek dan sebagainya. Seorang petani dan nelayan pun mempunyai fungsi yang lebih spesifik; petani kelapa sawit, pesawah, nelayan pinggir laut, nelayan laut dalam, pengusaha kolam ternakan ikan dan berbagi-bagai lagi.
Bagi memastikan persaudaraan dan persahabatan ini menjadi mantap dan kuat, set skill yang lebih banyak perlu dipelajari. Semuanya dengan hikmah dan kebijaksanaan dalam meraikan persamaan dan menghormati perbezaaan.
Ditambah lagi dengan zaman teknologi IT hari ini dengan hadirnya media-media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp, kebijaksanaan dan hikmah perlu ditingkatkan. Apatah lagi apabila kita berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali mahupun rakan-rakan lama yang sudah berubah latar belakang dan pengalaman kehidupannya.
Islam adalah agama kasih sayang yang membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Marilah kita bersama-sama berkasih sayang kerana Allah (Ukhuwwah Fillah). Ukhuwwah Fillah yang mengajak manusia kepada kebaikan, menghalang manusia daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah...
No comments:
Post a Comment