Memahami kesyumulan (kesejagatan) Islam memerlukan kita mengenali Islam dan menghubungkannya dengan pengetahuan kita, perancangan kita dan juga kesimpulan kita tentang sesuatu perkara. (Tariq Ramadan).
Islam hari ini dilabelkan sebagai anti-sains, pendukung keganasan, kezaliman terhadap wanita dan pelbagai lagi label yang buruk.
Tentang Sains...
Islam mengiktiraf Sains dan seharusnya hujah-hujah Islam adalah saling lengkap melengkapi dengan penemuan Sains.. dengan anggapan Sains dan Teknologi mempunyai jawapan terhadap semua yang berlaku di dunia hari ini walaupun kita amat jelas penemuan Sains berbentuk empirikal (fakta berdasarkan kejadian dan eksperimen), tidak mengambil kira perkara-perkara berkaitan spiritual dan metafizik... Sebenarnya, ini bukanlah pertembungan Islam dan Sains tetapi merupakan contoh kesejagatan Islam itu menjelaskan kelompangan-kelompangan yang ditinggalkan oleh Sains melalui perkara yang tidak boleh dijelaskan (unexplained events and matters).
Tetapi yang amat pelik berlaku apabila orang-orang yang tidak memahami atau mendalami Ilmu Sains yang lebih cenderung menuduh Islam itu anti-Sains dan kemajuan... contohnya Sigmund Freud, seorang pakar psikoanalisis dari Austria, dalam New Introductory Lectures on Psychoanalysis (1933), berkata, “Religion is an illusion and it derives its strength from the fact that it falls in with our instinctual desires.” yang bermaksud, agama (dan Tuhan) merupakan satu ilusi. Ilusi bermaksud suatu tanggapan yang tidak benar berhubung sesuatu perkara.
Ini amat bertentangan dengan teori penciptaan dan peredaran alam ini yang amat berhubungkait dengan penggunaan akal fikiran (iaitu Sains)...
Dalam surah al-Baqarah ayat 164, Allah berfirman, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang; dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari pelbagai jenis binatang; demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi, sesungguhnya (pada kesemua itu) ada tanda-tanda (kewujudan serta kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.”
Bukankah ini Sains? Hmmmm...
Tentang Keganasan...
Islam itu bersifat waqi’ah ataupun setempat... Islam mengikut situasi dan budaya tempat tanpa lari dari dasar Islam itu sendiri. Sebagai contoh dalam usaha dakwah Islam kita haruslah mengikut keadaan semasa, tidak semestinya melalui perang. Islam sendiri tidak menggalakkan perang malahan Islam cukup melarang kepada pembunuhan sebagaimana yang disebut dalam Al-Maidah ayat 32;
Oleh kerana itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain atau bukan kerana membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, Maka seolah-olah dia Telah memelihara kehidupan manusia semuanya. dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, Kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi.
Isu-isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam (kununnya) adalah jauh berbeza jumlahnya dengan kerusakan yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam terhadap umat Islam... Tidak perlu saya berikan contoh, kaji dan analisalah sebaik-baiknya...
Tentang wanita...
Islam, sebenarnya, memberikan wanita kemuliaan, kehormatan, kebebasan, hak untuk berharta, hak untuk meneima warisan, hak pendidikan, hak untuk bersuara dan hak untuk memilih kehidupan sendiri.
Saya cuba mengkaji dan memahami tafsiran tradisional tentang layanan terhadap wanita dan kedudukan sebenar mereka di dalam masyarakat. Dengan Ilmu Syariah yang amat terbatas, saya suka menjemput ulama-ulama untuk membincangkan isu ini secara terang dan jujur. Adalah baik juga sekiranya refleksi kritikal dibuat dengan membandingkan keadaan wanita dalam masyarakat majoriti Muslim dan dalam masyarakat yang menetap di Barat... bukan mengIYAkan semua yang dating dari Barat tetapi adalah tidak merugikan untuk melihatnya dalam sudut pandang MORAL dan KEADILAN.
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam ajaran tradisi Islam yang manakah Islam menzalimi wanita?
Saya pernah ditanya oleh kawan sekuliah dulu kenapa Islam suka menzalimi wanita, saya menjawab, "Islam tidak mempunyai masalah dengan wanita, tetapi orang Islam (yang sesat) mempunyai masalah yang serius dengan wanita"
Masalahnya ialah rantaian pembohongan (chain of lies), dari satu tamadun ke tamadun merosakkan mesej-mesej kebenaran dalam institusi ketamadunan turun temurun dan kurun berkurun. Dengan teknologi yang ada pada ahri ini, kita harus lebih matang menapis dan menyalurkan mesej-mesej kebenaran - di setiap generasi, situasi dan bidang.
Saya amat percaya dengan jujur dan rendah hati, penyaluran mesej kebenaran berterusan dan konsisten, kita tidak perlu risau apa-apa tentang Islamofobia ini. Kita harus belajar daripada organisasi yang menyebarluas propaganda palsu ini seperti CIA,MOSSAD dan Illuminati dari segi keorganisasian, kerja keras yang tidak henti-henti, perpaduan di kalangan mereka dan sokongan masyarakat pendukung mereka yang konsisten dan kuat.
Semoga Allah memberikan kita keberanian dan iman untuk menjaga dan mempertahankan integriti dan kebenaran kita.
No comments:
Post a Comment