Wednesday, January 7, 2015

Charlie Hebdo

Charlie Hebdo o Charlie Hebdo,
 
Apabila berlakunya peristiwa seperti ini, saya seperti orang Muslim dan organisasi Muslim akan berkata, "Sebagai seorang Islam, saya mengecam dan mengutuk serangan ini dan juga sebarang keganasan dalam apa cara pun".
 
Ini merupakan ritual setiap umat Islam seluruh dunia, terutama mereka yang tinggal di negara-negara Barat; tindakan dan kenyataan yang perlu dibuat dengan segera setiap kali berlaku sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelaku yang disyaki adalah orang Islam.
 
Implikasi ini menunjukkan bahawa apa-apa jenayah yang dilakukan oleh seorang Muslim adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam atas nama semangat agama yang dikongsi bersama.
Pemikiran ataupun Stereotaip ini - menyalahkan keseluruhan sesuatu kumpulan untuk tindakan beberapa individu, dengan andaian yang paling buruk tentang seseorang hanya kerana identiti mereka - adalah definisi yang penuh ketaksuban radikal.
 
Islam, seperti saya, membenci keganasan seperti itu dan mana-mana keganasan sama seperti orang bukan Islam.
 
Kami juga sepatutnya tidak dijangkakan untuk membuktikan kami tidak bersalah hanya kerana kami dalam agama kami ini.
 
Jangan salah faham, saya memandang rendah dan mengecam orang-orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan Charlie Hebdo untuk satira melampau dan kartun mereka tetapi itu tidak bermakna mereka berhak untuk mati.
 
Kita juga patut bertanya kenapa mereka telah menerbitkan kartun menghina nabi Muhammad S.A.W. 3 dan 4 tahun yang lalu dan beberapa minggu lalu mereka melakukanya lagi?
Kita mempertahankan maruah agama kita daripada pencemaran mesej dan ajarannya. Seharusnya kita melakukannya dengan kata-kata intelektual yang unggul, bersastera dan hikmah serta sarat dengan idea yang konkrit.
 
Akhirnya, umat Islam yang keterlaluan (dan tersasar) telah memfitnah agama mulia dan agung ini dan membawa kesan buruk atas namanya yang gemilang. Mereka ini telah melakukan kerosakan yang tidak terhingga yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diperbaiki.

Tindakan "Islamik" yang fanatik dan penuh keganasan seperti ini amat dikesali dan perlu ditamatkan, direnungkan dan dijadikan sempadan dan batas yang perlu dihindari.
 
Satu-satunya pihak yang beruntung daripada tindakan ganas yang mengerikan seperti apa yang berlaku di Paris, Perancis ini adalah golongan rasis, xenophobes, neo-fasis dan Islamophobes seperti Barisan Nasional Perancis yang diketuai oleh Marie Le Pen dan pergerakan  anti-Islam Jerman baru yang dipanggil PEGIDA.
 
Mereka telah diberikan peluru hidup untuk mengukuhkan politik mereka berteraskan rasa takut dan kebencian kepada umat Islam. Mereka kini akan merasa berani dan menerima lebih banyak sokongan dalam ketaksuban anti-Islam mereka.

Sesuatu yang "gelap" menanti umat Islam di Eropah yang sebelum ini berkembang dan hidup dengan baik di sana...

Umat Islam seharusnya sentiasa lebih matang... kita memiliki ketamadunan dan keilmuan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment