Sunday, January 11, 2015

Islam "Kulit"

Apakah persamaan serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo dengan isu peluk cium wanita bertudung dengan artis K-Pop?

Fanatisme.

Kedua-duanya terjadi kerana datangnya fanatisme yang tidak diiringi akal pemikiran yang sihat, berteraskan wahyu yang  sempurna.

Fanatisme sebegini boleh menyebabkan kefasikan daripada penderhakaan terhadap larangan-larangan Allah S.W.T.

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka." (Surah Al-Hasyr : 19)

Ketaatan kepada Allah S.W.T. itu bukannya ketaatan yang membabi-buta mahupun ketaatan yang terpilih.

Bertudung boleh tetapi taqarrabuz zina tidak boleh...

Cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. boleh tetapi membunuh sewenang-wenangnya tidak boleh...

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripadaNya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNya), dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata:" kami dengar, padahal mereka tidak mendengar. "Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun. Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka boleh mendengar. Dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu). " (Surah Al-Anfaal : 20-23)

Kualiti seorang Muslim yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat di atas :

1) Ketaatan yang menyeluruh
2) Ketaatan yang mengikut pertimbangan  akal fikiran yang sihat dan berdasarkan petunjuk wahyu.

Seruan ini datang sebagai ibrah  (peristiwa-peristiwa) peperangan Nabi Muhammad S.A.W., dengan adanya campur tangan Allah, rencana dan ketentuanNya, pertolongan dan bantuaNya. Juga, setelah adanya penegasan bahawa Allah bersama orang-orang mukmin dan melemahkan tipu daya orang-orang yang kafir.

Setelah semua itu, tidak ada alasan utuk tidak mendengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Berpaling dari Rasul dan perintah-perintahnya sesudah itu semua menggambarkan sebagai sikap yang mungkar dan buruk.

Hal itu tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai hati untuk merenung dan akal untuk berfikir. Oleh kerana itu, pemilihan binatang melata di sini adalah sangat tepat untuk melukiskan golongan ingkar ini.

Lafaz dawaab 'makhluk melata' ini meliputi manusia dengan segala sesuatunya, kerana mereka melata atau merayap di muka bumi. Tetapi, penggunaannya lebih banyak untuk binatang. Maka, pengucapannya secara mutlak di sini menampakkan sebagai kiasan sahaja. Gambaran binatang dalam kias dan khayalan ini diberikan kepada "orang yang pekak (tuli) dan bisu yang tidak mengerti apa-apa."

Dengan demikian, menurut kiasan ini, mereka adalah binatang, bahkan seburuk-buruk binatang melata. Kerana, binatang itu mempunyai telinga, tetapi tidak dapat mendengar kecuali kata-kata yang tidak jelas.

Binatang itu mempunyai lidah, tetapi tidak dapat mengucapan kata-kata yang dapat difahami. Hanya saja binatang mendapatkan petunjuk dengan fitrahnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan urusan kehidupannya yang penting. Sedangkan, binatang-binatang melata (yang berupa manusia sesat) itu urusannya diserahkan kepada akal yang mereka tidak gunakan. Sehingga, sudah barang tentu mereka menjadi makhluk melata yang paling buruk.

Yakni, menjadikan hati mereka lapang untuk menerima apa yang didengar oleh telinganya. Akan tetapi, Allah tidak melihat kebaikan dalam hati mereka dan tidak melihat adanya keinginan pada mereka terhadap penggunaan.

Kerana mereka telah merosakkan potensi fitrah untuk menerima dan mematuhi seruan Allah. Maka, Allah tidak membukakan hati yang telah mereka tutup dan fitrah yang telah mereka rosakkan itu.

Seandainya Allah menjadikan mereka memahami dengan akal mereka terhadap hakikat sesuatu yang diserukan kepada mereka, maka mereka pun tidak mahu membuka hati mereka dan tidak mahu mentaati apa yang mereka ketahui itu.

Kepatuhan itu ialah mendengar dengan betul. Betapa banyak orang yang fikirannya boleh memahami, tetapi hatinya tertutup, tidak mahu mentaati.

Jadilah akhirnya si fanatik yang buta dan tuli...

Islam "Kulit" bilang arwah ayahku...

No comments:

Post a Comment