Ini adalah petikan daripada lirik lagu "Sabar" dari filem Sabarudin Tukang Kasut...
Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar
Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta
Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan aku serahkan tetapkan iman
Secara jujurnya saya belum pernah menonton filem ini dan berasa hairan juga mengapa filem ini tidak ditayangkan sekerap cerita Sarjan Hassan mahupun cerita-cerita komedi Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang lain.
Komen Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri berkenaan filem ini amat menarik perhatian...
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggung jawab."
Kenapakah filem yang dihasilkan dengan kualiti pembikinan yang tinggi ini tidak begitu mendapat tempat dan sambutan yang menggalakkan?
Adakah kerana kandungannya terlalu keras, serius atau mendalam?
Atau adakah ianya cuba untuk "mengenakan" sesetengah pihak sehingga tidak senang dengannya?
Kisah Mejar Zaidi mungkin tidak berkaitan tetapi mungkinkah ianya pernah berlaku ketika Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup?
Insya Allah saya akan cuba meluangkan sedikit masa untuk menonton filem ini dan mendapatkan perspektif saya sendiri...
No comments:
Post a Comment