Teknologi telekomunikasi berevolusi dengan begitu hebat... Dalam jangka masa 50 hingga 60 tahun; sistem telekomunikasi telefoni sudah mengalami evolusi yang begitu besar. Besar kemungkinan sistem telekomunikasi telefoni yang menjadi asas kepada sistem telekomunikasi dunia dalam 5 dekad ini akan mengakhiri legasinya pada tahun ini (2015).
Saya masih ingat lagi di penghujung tahun 90an dan di awal tahun 2000, sistem ini begitu dominan sekali. Internet mula diperkenalkan pada waktu itu cuba memasuki sistem telekomunikasi yang berasaskan telefoni dan disitulah bermulanya internet dial-up (1511/1515).
Dengan penggabungan dua sistem yang berbeza ini, skop pengurusan rangkaian juga telah menjadi lebih kompleks dan menyebabkan pengurusan operasi dan kerenah pelanggan juga semakin berkembang lingkupnya.
Salah satu isu yang paling mencabar pada masa itu ialah menguruskan aduan panggilan ke Israel, US dan beberapa negara pelik-pelik yang tidak pernah tercapai oleh akal kebiasaan kita. Pelanggan mengadu tidak pernah mendail ke negara tersebut dengan alasan tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan mana-mana individu di negara-negara berkenaan.
Kesukaran untuk mengesan punca-punca panggilan ini menyebabkan TM mengalami kerugian berjuta-juta ringgit kerana terpaksa membatalkan caj-caj kepada panggilan ini tetapi pada masa yang sama masih perlu membayar bayaran panggilan antarabangsa ke operator luar.
Solusi sementara yang mampu dilaksanakan ialah menyekat panggilan antarabangsa pelanggan yang mengadu... TETAPI pelanggan mengadu pula tidak dapat menggunakan Internet dengan baik. Setelah disiasat dengan lebih terperinci, setiap kali pelanggan ingin masuk ke sesuatu laman lucah yang berpengkalan di negara-negara yang berkaitan, panggilan ke 1511/1511 akan diputuskan dan panggilan secara terus ke server laman lucah itu... hmmmm
Selepas itu, segalanya berubah... setiap pelanggan yang datang mengadu membuat panggilan ke negara-negara pelik tadi, akan didengarkan berita yang tidak sedap didengar ini. Kawalan yang lebih boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga bagi memastikan bil telefon tidak melambung tinggi di samping mengelakkan pelayaran ke laman-laman lucah.
Hari ini teknologi sudah berevolusi dan teknologi telefoni tidak lagi ditumpangi oleh teknologi Internet (yang berasakan IP - Internet Protocol). Sambungan lebih laju; tidak seperti di zaman internet dial-up yang hanya boleh mencecah 56Kbps. Sekarang ini, pelanggan boleh melayari Internet sepantas 20Mbps melalui Unifi. Teknologi suis telefoni yang berasaskan "multiplexing" pun sudah hampir dipindahkan sepenuhnya ke sistem IP dan ibusawat-ibusawat ini hany tinggal kenangan kepada yang bertahun-tahun menjaganya.
Apa yang tidak berubah? Permintaan terhadap laman lucah... Sedih saya katakan bila bertanya rakan-rakan di Data Centre TM tentang rekod pelayaran ke laman lucah yang agak merisaukan; termasuklah torrent, file sharing dan sebagainya.
Seharusnya akta yang lebih ketat tentang pengawalan sampah-sampah seperti ini diperkenalkan dan bukannya akta larangan merotan yang harus diutamakan.
Dunia sudah tiada batasan dan anak-anak kita semakin bebas untuk memilih tanpa pengetahuan kita. Kawalan ibu bapa dan penjaga pun semakin ingin disekat-sekat. Kalau saya kata ini agenda Yahudi dan Nasrani dalam surah Al-Baqarah ayat 120 untuk menyesatkan kita, saya akan dilabel "anti-pluralisme" dan jumud serta tidak pandai menjaga sensitiviti bukan Islam. Biarlah saya jumud, sebab saya ingin umat selamat dunia dan akhirat.
Kalau Eric Paulsen mahu tweet pasal saya pun tidak apa, saya redha...
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment