Ada sebuah hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man, (maaf sebab tidak pasti sumber perawiannya)
Pada suatu hari Nabi Musa alaihi salam berdoa kepada ALLAH,
"ya ALLAH, di dalam kitab ini (Taurat), ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan ke bumi, dan mereka pula yang pertama memasuki Syurga, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD".
Nabi musa berdoa lagi, "ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Lalu Nabi Musa alaihi salam meletakkan kitabnya di sebelah dan berdoa,
“Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..”
Sungguhpun hadis ini tidak saya dapat sahkan sumber perawiannya tetapi hadis ini begitu JELAS menunjukkan kelebihan-kelebihan dan ciri-ciri yang patut ada kepada kita Umat Muhammad S.A.W.
Kebetulan menonton sebuah rancangan hiburan yang menampilkan artis-artis yang boleh saya katakan 99% beragama Islam dan merupakan umat Muhammad S.A.W...
Seksi, pergaulan bebas, sentuhan-sentuhan bukan mahram dan yang saya paling tersentap bila dialog, "Insya Allah ada goyang-goyang sikit"...
Sentap, sedih dan pilunya saya bila membaca doa nabi Musa A.S. yang tertolak untuk menjadi umat Muhammad S.A.W.
Sentap juga saya apabila isteri saya berkata tidak ada ka orang-orang yang memiliki ilmu agama menegur perkara-perkara sebegini...
Memang sukar untuk MEMBIASAKAN yang BENAR apabia yang SALAH sudah BIASA...
Saya tersentap lagi apabila satu yang TIDAK BIASA dan SALAH cuba untuk DIBIASAKAN (atau diTRENDkan)...
Saya iringi dengan istighfar dan doa janganlah perkara itu menjadi BIASA...
Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "
(Al Imran 3:110)
Berani ka saya menjadi orang yang MEMBIASAKAN yang BENAR?
Mampukah kita menjadi murrabbi yang menyambung tugas2 dakwah Nabi Muhammad S.A.W.?
Izinkan saya petik kata-kata Imam Hassan al Banna:
“Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.
Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.”
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi Saidina Muhammad...
Baraqallhu fikum
No comments:
Post a Comment