Tuesday, August 19, 2014

Bahagia itu...

1. Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan

2. Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan

3. Orang yang bergelumang dosa mengatakan berhenti daripada dosa itulah kebahagiaan

4. Mereka yang merindui pasangan hanya bahagia apabila berada di samping kekasih hati

5. Seorang pemimpin akan berasa bahagia apabila umat bangsanya merdeka dan negaranya aman

6. Seorang penyair berasa bahagia apabila syair atau sajaknya menjadi hafalan orang

Ditanyakan orang kepada Yahya bin Khalid Al-Barmaky, iaitu seorang Wazir yang masyhur semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah, "Apakah bahagia itu, wahai tuan?"

Yahya menjawab,"Sentosa perangai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud."

Menurut Ibnu Khaldun, bahagia ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan perikemanusiaan.

Imam Al-Ghazali berpendapat, bahagia dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingati Allah.

[Disesuaikan daripada Tasauf Moden, HAMKA, 1970]

Abd Al-Rahman III merupakan Amir dan Khalifah di Cordoba, Sepanyol pada abad ke-10. Beliau merupakan pemerintah yang unggul yang hidup dalam kemewahan. Begini bagaimana beliau menilai kehidupannya.

“Saya telah memerintah selama lebih 50 tahun dalam kemenangan atau keamanan; disayangi oleh rakyat, digeruni oleh musuh, dan dihormati oleh rakan-rakan sekutu. Kekayaan dan kehormatan, kuasa dan kenikmatan semuanya telah tersedia sebagai nikmat dunia yang menggembirakan.”

Kemahsyuran, kekayaan dan kenikmatan yang tidak tergambar. Hebat bukan? Beliau terus menulis:

“Saya telah mengira hari-hari yang saya benar-benar dan ikhlas gembira: Jumlahnya ada 14 hari.”

Yang menjadi masalah bagi Abd al-Rahman bukanlah kebahagiaan – sebagaimana yang dia fikir – tetapi kesedihan. Jika ianya nampak seperti pembezaan tanpa perbezaan, maka anda juga barangkali mempunyai masalah seperti Amir. Walaubagaimanapun, dengan sedikit pengetahuan, anda boleh mengelak daripada kesedihan seperti beliau.

Apakah itu kesedihan? Kata hati anda mungkin mengatakan ianya semudah lawan kepada kebahagiaan, sebagaimana kegelapan yang wujud disebabkan tiadanya cahaya. Ia tidak benar. kebahagiaan dan kesedihan adalah berkaitan tetapi bukan sesuatu yang berlawanan. Imej pada otak menunjukkan bahawa sebahagian daripada otak kiri menjadi lebih aktif daripada kanan apabila kita sedang merasai kebahagiaan, manakala otak kanan menjadi lebih aktif ketika kita tidak gembira.

Ia mungkin nampak ganjil, tetapi, menjadi gembira daripada orang lain tidak bermakna sesorang itu [pada masa yang sama] tidak boleh menjadi lebih sedih daripada orang lain.

Jika anda bertanya pada seseorang yang tidak gembira mengapa dia tidak gembira, selalunya dia akan menyalahkan keadaan. Dalam banyak keadaan, semestinya, ada sebabnya. Ada sesetengah manusia yang ditekan, miskin atau sakit itu yang menjadikan kehidupan mereka seakan beban.

Dari sudut falsafah, masalah timbul daripada ketidakpuasan – perasaan yang mana tidak ada apa yang dapat memuaskan, maka kami mahu lagi.

Kita sendiri tidak dapat memahami apa yang kita cari. Tanpa muhasabah yang cukup dan usaha-usaha spiritual, maka, kita hanya akan nampak kebendaan, kenikmatan fizikal dan menjadi pujaan rakan-rakan dan orang yang tak dikenali.

Kita mencari perkara-perkara ini untuk mengisi kekosongan jiwa.

Walaubagaimanpun, ianya tidak kekal dan tidak pernah cukup. Ia mungkin akan memberi kepuasan sementara, tetapi ia tidak akan kekal dan tidak cukup, dan kita akan mula ketagihannya.

Paradoks ini mempunyai istilah dalam Sanskrit : updana, yang merujuk kepada kitaran ketagihan dan mendapatkannya.

Seperti kata-kata Dhammapada (jalan kebijaksanaan dalam Buddha) : “Ketagihan seseorang itu membawa kepada kerakusan hidup seperti tumbuhan yang merayap. Seperti Si monyet yang mencari buah-buahan di hutan, dia melompat dari satu kehidupan kepada satu kehidupan. Barangsiapa yang berdepan dengan ketagihan yang teruk dan merosakkan ini, kesedihan akan tumbuh seperti rumput setelah hujan.”

Menurut Hamka, agama mengajarkan pada manusia empat jalan untuk menuju kebahagiaan.

Pertama, harus ada i’tiqad, yaitu motivasi yang benar-benar berasal dari dirinya sendiri.

Kedua, yaqin, yaitu keyakinan yang kuat akan sesuatu yang sedang dikerjakannya.

Ketiga, iman, yaitu yang lebih tinggi dari sekedar keyakinan, sehingga dibuktikan oleh lisan dan perbuatan.

Tahap terakhir adalah ad-diin, yaitu penyerahan diri secara total kepada Allah, penghambaan diri yang sempurna.

Mereka yang menjalankan ad-diin secara sempurna tidaklah merasa sedih berkepanjangan, lantaran mereka benar-benar yakin akan jalan yang telah Allah pilihkan untuknya.

Wallahu a'lam bimuraddihi

1 comment:

  1. Bahagia itu ketenangan bilamana mampu mengingati Sang Pencipta Alam di kala suka maupun duka..

    ReplyDelete