dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" (Al-Baqarah : 30
sebahagian)
Kekhalifahan perlukan bentuknya
dan bentuk yang paling sesuai ialah ketamadunan. Membina ketamadunan adalah
hasilan sebagai realisasi misi kekhalifahan yang seharusnya tidak terlepas dari
amanah ketuhanan. Manusia sebagai faktor yang paling aktif harus mampu
memanfaatkan seluruh potensi kurnia Ilahi untuk membina tamadun yang diredhai
Allah dan sekaligus bermanfaat buat manusia sejagat. Dalam kaitan ini ada dua
isu yang perlu diambil; ialah menghasilkan manusia yang berdaya dan mencipta
tamadun yang bermanfaat.
Manusia hanya mampu melaksanakan
misi pentamadunnya jika seluruh potensi kemanusiaannya berkembang secara utuh
dan seimbang. Hanya manusia yang merdeka dan perkasa mampu mencipta dan
mengkarya sesuatu yang besar dan bermakna. Mereka yang berjiwa hamba dan lemah
tidak akan mampu menjadi bangsa yang berprestasi dan menyumbangkan sesuatu yang
bererti kepada dunia.
Tamadun yang baik itu bermula
dengan kepimpinannya... Ibn Khaldun ada menyebut, untuk sesebuah daulat atau sekelompok
manusia membentuk ketamdunan, asas utamanya ialah kegiatan sosial dan kekayaan
ekonomi, mendahului daulat lain yang sezamannya - kepimpinan tidak mengambil
kesempatan untuk kepentingan diri walaupun memiliki peluang.
Akhir sekali, sebagai umat Islam
perlu menyambung tanggungjawab kekhalifahan yang diwariskan oleh Rasululah SAW.
Tujuan hidup kita bukan semata-mata untuk menjadi khalifah tetapi mengambil
bahagian dalam usaha-usaha kekhalifahan ini. Peribahasa Turki ada menyebut, “Bukanlah musim bunga jika hanya ada sekuntum
bunga tetapi musim bunga akan bermula dengan sekuntum bunga”.
Dalam peribahasa Melayu ada
menyebut, “Jauh Perjalanan, Luasalah Pandangan” dan Imam Shafie pernah berkata,
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari
kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu
menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani
orang yang mulia."
No comments:
Post a Comment