Madani
merupakan penyifatan terhadap kondisi dan sistem kehidupan di Kota Madinah,
kata madani sendiri berkaitan dengan kata madinah yang berarti kota. Masyarakat
madani adalah masyarakat yang beradab, menjunjung tinggi nilai-nilai
kemanusiaan, yang maju dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan teknologi, dalam
hal ini juga disebut dengan Masyarakat
Mutamaddin. Dalam Al-Quran Allah memberikan ilustrasi masyarakat ideal
sebagai gambaran masyarakat madani
dengan sebutan Baldatun Thayyibatun
Warabbun Ghafur.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba',
satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal
mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah
kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka):
"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya;
(negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu
adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!.”
Dalam ilmu politik moden pemerintahan yang
berteraskan kepentingan rakyat dipanggil Civil Society. Istilah civil society
berasal dari kata latin “Civilis Societas”. Ia berasal dari Cicerio, yang hidup
dalam abad pertama sebelum kristus. Pengertian awalnya terkait dengan konsep
tentang warga dan bangsa Romawi yang hidup di kota-kota yang memiliki kod
undang-undang. Kod undang-undang-undang itu merupakan ciri dari masyarakat atau
komuniti politik yang beradab, yang berhadapan dengan masyarakat di luar Romawi
yang belum beradab. Konsep Cicerio ini mencakup keadaan individu maupun
masyarakat secara keseluruhan, yang telah memiliki budaya hidup kota yang
menganut norma-norma kesopanan tertentu.
Walau
bagaimanapun terdapat perbezaan di antara masyarakat madani yang kita
idam-idamkan dengan struktur Civil Society yang cuba diagung-agungkan oleh
pemikir-pemikir Barat.
Sheikh Yusuf al-Qardhawi dalam Min Fiqh al-Daulah
(Fiqh Kenegaraan), merumuskan bahawa keresahan yang melanda masyarakat kita
berada ditahap “parah”. Maka tidak memadai di ungkit kemungkaran kecil seperti
majlis nyanyian dan tarian gila, pendedahan aurat wanita atau penjualan video
porno. Apa yang perlu ditekankan ialah
“perubahan yang lebih menyeluruh yang melibatkan pemikiran, pemahaman,
akhlak, amalan, adab, tradisi serta sistem perundangan.” Beliau merujuk kepada
firman Allah s.w.t ar Ra’ad 13:11 mengenai keperluan kaum merubah diri mereka
sendiri.
Apa yang lebih utama dalam rangka kelahiran
masyarakat madani adalah kefahaman, kesedaran dan usaha memperkasa
(empowerment) rakyat yang memahami hak dan tanggungjawab mereka.
No comments:
Post a Comment